Hamas bentuk kerajaan campuran

BAITULMAQDIS 21 Feb. - Hamas yang diminta membentuk kerajaan baru
Palestin kini berusaha untuk bergabung dengan kumpulan-kumpulan
sekular.

http://www.maynetwork.net

Ismail Haniyeh, bekas pentadbir universiti dan penganjur pelajar
untuk kumpulan militan Hamas, dicalonkan untuk memikul jawatan
Perdana Menteri selepas Hamas mencapai kemenangan besar dalam
pilihan raya Parlimen Palestin bulan lalu.

Tindakan beliau untuk bergabung dengan kumpulan sekular
memperkukuhkan reputasinya sebagai seorang pragmatis yang lebih rela
bertolak ansur daripada berbalah dengan puak-puak Palestin yang
bermusuhan.

Ismail menemui Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas
semalam dan seorang jurucakap berkata, Mahmoud akan menyampaikan
permintaan bertulis kepadanya untuk membentuk sebuah kerajaan
apabila mereka mengadakan rundingan pusingan kedua hari ini.

Ismail mempunyai tempoh selama lima minggu untuk membentuk kerajaan
baru Palestin.

Semalam, para pegawai Hamas mengadakan rundingan mengenai soal
pergabungan dengan Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin iaitu
sebuah kumpulan sekular berhaluan kiri.

Ismail berkata, beliau akan mengadakan satu pertemuan lewat minggu
ini dengan anggota-anggota pergerakan Fatah pimpinan.

Ismail mula menjadi perhatian ramai selepas pembunuhan pengasas
Hamas, Sheikh Ahmed Yassin dan penggantinya, Abdel Aziz Rantisi pada
2004.

Beliau mempunyai hubungan baik dengan Mahmoud dan telah memainkan
peranan sebagai orang tengah di antara Hamas dan PA, yang dibentuk
pada 1994 dan dikuasai oleh Fatah. - AP

http://www.maynetwork.net

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berita terkini ini dihantar kepada ahli berita terkini groups terus melalui 
email. Untuk maklumat 
lanjut & daftar online sila lawat ke : 
http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke