Mecca Cola laris selepas isu hina nabi (Berita Harian 23/02/2006)

http://www.maynetwork.net

DUBAI: Penjualan Mecca Cola, sejenis minuman cola dikeluarkan 
syarikat Arab, dilaporkan begitu laris dan meningkat sehingga tiga 
kali ganda di beberapa negara Islam dan Barat, termasuk Malaysia 
selepas tercetusnya bantahan besar-besaran berikutan penghinaan Nabi 
Muhammad menerusi penyiaran karikatur oleh media Eropah.

Pengerusi syarikat Mecca Cola World Co, Taoufik Mathlouthi, berkata 
kontroversi itu ternyata memberi pulangan lumayan kepada syarikatnya 
yang kini tidak menang tangan memenuhi permintaan tinggi terhadap 
minuman itu.

"Anggaran permintaan Mecca Cola di Malaysia, antara pasaran utama 
kami adalah 500,000 tin sebulan, tahun lalu. Tetapi kini, pihak 
pengedar mahukan sebanyak 1.5 juta tin sebulan.

"Malah, perkembangan sama turut dicatatkan di negara lain seperti 
Algeria, Yaman serta Perancis. Buat masa ini, sukar bagi kami untuk 
memenuhi permintaan yang besar itu," katanya kepada agensi berita 
Reuters di sebuah pameran antarabangsa di Dubai, kelmarin.

Mecca Cola yang diperbuat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah 
minuman ringan yang dijual sebagai tanda protes terhadap Amerika 
Syarikat dan Israel dan dipasarkan kepada pengguna Arab dan negara 
Islam lain sejak tiga tahun lalu. 

Ia mula dijual di Perancis pada 2002 selain turut dieksport ke 
Eropah dan negara Arab.

Mathlouthi berkata, syarikat itu kini dalam proses untuk 
disenaraikan di pasaran saham Dubai yang mungkin memakan masa lebih 
setahun untuk selesai. – Agensi 

http://wwww.maynetwork.net

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berita terkini ini dihantar kepada ahli berita terkini groups terus
melalui email. Untuk maklumat lanjut & daftar online sila lawat ke :
http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke