Ismail Haniyeh boleh dibunuh - Dichter

http://www.maynetwork.net

BAITULMAQDIS 24 Feb. - Perdana Menteri baru Palestin, Ismail Haniyeh 
boleh dijadikan sasaran pembunuhan oleh Israel jika Hamas 
melancarkan serangan terhadap negara Yahudi itu.

Bekas ketua perkhidmatan keselamatan dalam negeri Shin Beth, Avi 
Dichter menyuarakan ancaman itu dalam satu wawancara yang disiarkan 
hari ini.

Beliau memberitahu akhbar Yediot Aharonot bahawa pelantikan Ismail 
sebagai ketua kerajaan Palestin tidak harus memberi beliau sebarang 
bentuk kekebalan.

``Saya tidak nampak sebarang situasi yang membolehkan Ismail 
memiliki kekebalan semata-mata kerana dia menjadi Perdana Menteri,'' 
kata Dichter yang dijangka memegang portfolio keselamatan kanan 
selagi Parti Kadima mengekalkan kuasa dalam pilihan raya Israel 
bulan depan.

``Pada pandangan saya, dia tetap seorang pengganas walau apa pun 
yang dilakukannya. Jika ada serangan pengganas dan Israel memutuskan 
untuk melakukan pembunuhan politik, Ismail menjadi sasaran yang sah 
kerana Hamas tidak mungkin melancarkan serangan tanpa kebenaran 
pucuk pimpinannya.''

Ismail diminta oleh Presiden Palestin, Mahmud Abbas awal minggu ini 
untuk menubuhkan kerajaan baru berikutan kemenangan besar Hamas 
dalam pilihan raya Parlimen pada 25 Januari lalu.

Walaupun mereka sudah menyertai proses demokrasi, Ismail dan barisan 
pemimpin Hamas lain masih enggan membatalkan perjuangan bersenjata 
menentang Israel.

Hamas telah melancarkan puluhan serangan berani mati terhadap Israel 
dalam tempoh lima tahun intifada walaupun tiada serangan dilancarkan 
sejak 12 bulan lepas.

Dichter dilihat sebagai pengasas dasar pembunuhan politik dan semasa 
beliau mengetuai Shin Beth, dua pemimpin Hamas iaitu Syeikh Ahmed 
Yassin dan Abdelaziz Al-Rantissi terbunuh dalam serangan udara 
Israel. - AFP

http://www.maynetwork.net

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berita terkini ini dihantar kepada ahli berita terkini groups terus
melalui email. Untuk maklumat lanjut & daftar online sila lawat ke :
http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke