Dilema baru Arroyo, Thaksin

* Amaran tangkapan lagi di Filipina

http://www.maynetwork.net

MANILA 26 Feb. - Pihak berkuasa Filipina hari ini memberi amaran 
akan melakukan lebih banyak tangkapan di kalangan mereka yang 
terlibat dalam cubaan merampas kuasa minggu lalu.

Amaran itu dikeluarkan ketika pihak pembangkang membuat persediaan 
untuk memulakan usaha di mahkamah bagi mencabar perintah darurat 
yang diisytiharkan oleh Presiden Gloria Arroyo.

Dalam satu pertemuan di sini hari ini, para pegawai tinggi telah 
membincangkan cara-cara untuk ``mengenal pasti perancang-perancang 
yang terlibat dalam pakatan itu,'' kata jurucakap tentera, Kolonel 
Tristan Kison.

Pengawal-pengawal presiden masih mengekalkan kawalan ketat di 
sekeliling Istana Malacanang dengan kesemua laluan masuk utama 
disekat sejak Jumaat lalu. 

Arroyo mendakwa sekumpulan pegawai tentera yang memberontak telah 
membentuk sebuah perikatan dengan komunis sebagai satu taktik untuk 
menggulingkan kerajaan.

Sementara itu, pemerintah askar Marin Filipina telah dilepaskan 
daripada tugasnya hari ini selepas disyaki menyokong kumpulan yang 
mahu merampas kuasa.

Seorang jurucakap Marin mengesahkan, Mejar Jeneral Renato Miranda 
telah melepaskan jawatannya, tetapi menegaskan di televisyen bahawa 
tindakannya merupakan rutin pertukaran dalam struktur unit elit 
tersebut.

Bagaimanapun seorang pegawai kanan tentera memberitahu, penyingkiran 
Miranda itu berpunca daripada pembabitannya dalam komplot 
menggulingkan Arroyo.

``Lebih banyak perubahan dalam tempoh beberapa hari. Siasatan kami 
masih diteruskan,'' katanya. 

Dalam pada itu, Arroyo dilaporkan bersiap sedia untuk menghadapi 
cabaran undang-undang selepas mengisytiharkan perintah darurat untuk 
menggagalkan cubaan merampas kuasa.

Sekumpulan peguam yang mewakili pembangkang merancang untuk berada 
di mahkamah minggu ini bagi mencabar kesahihan kuasa darurat yang 
diisytiharkan oleh Arroyo, kata peguam Romeo Capulong dari Pusat 
Undang-Undang Untuk Kepentingan Rakyat.

Capulong, turut juga mewakili ahli Parlimen Crispin Beltran, salah 
seorang daripada tiga tokoh pembangkang yang ditangkap semalam, 
berkata, perisytiharan Arroyo ``jelasnya bertentangan dengan 
Perlembagaan Filipina.''

Presiden Dewan Senat, Franklin Drilon memberi amaran kepada Arroyo 
kuasa daruratnya tidak membenarkan beliau menyekat kebebasan awam. 

``Tujuan sebenar Presiden Arroyo bertindak demikian adalah untuk 
melenyapkan kritikan,'' kata Drilon. 

- Agensi 

http://www.maynetwork.net

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berita terkini ini dihantar kepada ahli berita terkini groups terus
melalui email. Untuk maklumat lanjut & daftar online sila lawat ke :
http://groups.yahoo.com/group/berita_terkini/

atau daftar melalui email : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke