Cerita 1

Kononnya, terdapat sebuah negeri yang rajanya tidak mempunyai seorang putera, 
tetapi hanya mempunyai seorang puteri. Raja itu menjadi sugul sentiasa kerana 
baginda tidak mempunyai pengganti. Akhirnya, baginda meminta pendapat bendahara 
baginda. Sang bendahara mencadangkan agar salah seorang daripada hamba rakyat 
dipilih sebagai menantu baginda. Raja bersetuju tetapi siapakah yang harus 
dipilih.

Ada yang mencadangkan supaya seorang pemuda gagah dipilih tetapi dibantah oleh 
pembesar yang lain dengan alasan, sebelum raja mangkat, raja akan digulingkan 
oleh pemuda gagah yang menjadi menantu raja itu. Berbagai-bagai cadangan 
dikemukakan tetapi semuanya tidak dapat digunakan.

Akhirnya puteri raja bersuara: "Ayahanda, anakanda mencadangkan agar sesiapa 
juga yang berjaya menyeberangi sungai yang menjadi sempadan di antara istana 
kita dengan kampung hamba rakyat, maka orang itulah yang sanggup anakanda 
kahwini." Raja dan para pembesar bersetuju kerana mereka yakin bahawa hanya 
pemuda yang terbaik sahaja yang akan berjaya menyeberangi sungai yang telah 
banyak meragut nyawa penduduk negeri itu. Di lubuk sungai itu, tinggal 
sekeluarga buaya yang sudah sekian lama mengganas membaham penduduk yang leka 
di tepi sungai. Diumumkanlah hasrat puteri raja itu.

Tibalah hari diadakan sayembara itu. Salah seorang pemuda yang kelihatan sasa 
terjun ke dalam sungai itu. Belum pun sampai di pertengahan sungai, pemuda itu 
berenang patah balik kerana dilihatnya beberapa ekor buaya tiba-tiba muncul di 
permukaan air.

Lebih kurang 99 orang pemuda yang berusaha untuk berenang ke seberang sungai 
telah berpatah balik ke tebing sungai permulaan sayembara.Setelah itu, agak 
lama, tidak ada sesiapa pun yang terjun ke dalam sungai. Beberapa ketika 
kemudian, kedengaran deburan air. Seorang pemuda kurus berenang tergesa-gesa 
pontang-panting menuju ke daratan di seberang sungai. Dia berjaya sampai ke 
tebing. Semua orang bertepuk tangan sebaik-baik sahaja pemuda kurus itu sampai 
ke tebing.

Sebaik-baik sahaja naik ke atas, pemuda itu berkata: "Ampunkan patik tuanku. 
Bukan patik mahu terjun ke dalam sungai itu, tetapi patik ditolak orang. 
Sebaik-baik sahaja berada di air, patik melihat bayangan buaya di dalam air. 
Sebab itulah patik bermati-matian berenang ke tebing untuk menyelamatkan nyawa 
patik." Raja ketawa dan berkata: "Tidak mengapa orang muda. Apa pun alasan 
awak, awaklah yang berhak mengahwini puteri beta dan bakal menjadi pengganti 
beta."

Moral ceritanya ialah orang yang tidak berhasrat untuk menjadi berjaya dalam 
perniagaan MLM ini pun masih boleh berjaya. Inikan pula anda yang sudah pun 
menetapkan matlamat untuk berjaya dalam perniagaan ini.

Lihat website ini:

http://www.e-biz2u.com/?x=pioneer
http://www.e-biz2u.com/?x=pioneer
http://www.e-biz2u.com/?x=pioneer




 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke