Tribunal adili tuntutan pengguna http://www.maynetwork.net
TRIBUNAL Tuntutan Pengguna adalah satu badan bebas yang diwujudkan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 untuk mendengar dan mengadili tuntutan bagi ganti rugi terhadap pembekal ke atas barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan. Objektif penubuhannya adalah untuk menyediakan saluran alternatif, selain mahkamah kepada pengguna dan membolehkan mereka menuntut ganti rugi secara mudah, murah dan cepat. Tribunal Tuntutan Pengguna mempunyai bidang kuasa untuk mendengar beberapa kes seperti: a. Apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999; b. Jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM 25,000. c. Apa-apa perkara lain ditetapkan menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Bidang kuasa tribunal hendaklah dilaksanakan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota dipilih pengerusi yang akan bersidang sendirian. Tribunal Tuntutan Pengguna hanya boleh dilakukan pengguna dan pengguna ditakrifkan mengikut akta sebagai seorang yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud diri sendiri, rumah tangga atau isi rumah. Tribunal ini tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa tuntutan mengenai: (a) Kematian atau kecederaan diri (b) Hak milik tanah, francais (c) Pertikaian wasiat (d) Rahsia perdagangan (e) Nama baik (good will) (f) Harta intelek Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) http://www.maynetwork.net Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
