Makanan punca alahan Bersama Dr Nur Atiqah Ng Abdullah http://www.biovco.com
PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek "allon argon" yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik. Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu. Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik. Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan. Artikel penuh boleh diperolehi secara PERCUMA dengan menghantar email ke : [EMAIL PROTECTED] semuga memberi manafaat, sila fowardkan kepada rakan dan kenalan agar mereka juga mendapat manafaat daripada artikel tersebut. http://www.biovco.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
