Info Kesihatan : Hidup dengan alahan

http://www.biovco.com

JIKA habuk, gandum atau produk tenusu menyebabkan anda kerap bersin, terasa 
gatal, dan asyik tergaru-garu, anda tidak keseorangan.

Ramai yang menganggap bahawa masalah gatal-gatal atau hidung berair yang 
dialami sekali-sekala lumrah hidup dan tidak perlu dibimbangkan.

Lagipun keadaan kurang selesa atau sedikit gangguan ini tidak menghalang mereka 
daripada menjalankan tugas harian, baik mengemas rumah mahupun menjaga anak, 
atau giat bekerja dari pukul 9 pagi hingga ke malam.

Namun bagi ramai orang di seluruh dunia yang mengalami alahan kronik dan 
berulang, serangan boleh berlaku begitu kerap dan serius sehingga mengganggu 
kehidupan mereka.

Masalah umum yang disebabkan oleh alahan termasuk keletihan kerana gejalanya 
boleh mengganggu kelenaan tidur dan menyebabkan seseorang cepat marah, hilang 
tumpuan dan menjejaskan prestasinya di sekolah atau di tempat kerja.

Kemunculan tanda-tanda ekzema atau rasa gatal-gatal juga memberikan kesan 
negatif terhadap keyakinan seseorang.

Dalam kes yang jarang berlaku, tindak balas alahan begitu serius sehingga 
menyebabkan masalah kesihatan yang dinamakan anafilaksis.

Dalam keadaan seperti ini, saluran pernafasan bengkak dan menyebabkan kesukaran 
bernafas.

Pada masa yang sama, kulit kelihatan merah padam dan terasa panas apabila 
disentuh dan tekanan darah turun secara mendadak.

Dalam tempoh beberapa minit, badan boleh mengalami kejutan anafilaktik, yang 
boleh membawa maut jika ubat tidak diberikan dengan serta-merta.

Mungkinkah anda menghidap alah?

Terdapat beberapa jenis alahan, yang berbeza dari segi keterukan dan 
tanda-tandanya, contohnya asma ialah sejenis penyakit alah yang menjejaskan 
saluran pernafasan, manakala demam alergi (rinitis alergik) mempunyai 
gejala-gejala seperti hidung berair dan mata gatal.

Ekzema dan gatal-gatal (ifiopatik urtikaria) menjelma sebagai tompokan kulit 
yang kering dan gatal dan tompokan radang pada kulit.

Memandangkan penyebab atau pencetusnya berbeza-beza dan termasuk pengawet 
makanan, ubat jenis tertentu, kutu habuk dan minyak wangi buatan, seseorang 
yang mengalami alahan teruk sentiasa diserang oleh pencetus yang boleh 
mengakibatkan gejala seperti gatal-gatal, mata berair dan bersin.

Justeru, adalah sukar untuk mengelakkan bahan-bahan ini dan ramai orang 
didapati menderita kerana serangan alahan.

Mengapa sesetengah orang kerap diserang alahan sedangkan orang lain tidak 
begitu mudah mengalaminya?

Jawapan masih belum jelas, tetapi didapati bahawa penghidap alahan mempunyai 
sistem imun yang menghasilkan terlalu banyak bahan kimia yang diberi nama 
immunoglobin E (IgE) yang menyebabkan badan terlalu sensitif kepada bahan yang 
lazim wujud dalam alam sekitar.

Setiap alergen, atau bahan yang mencetus tindak balas alahan, menyebabkan 
reaksi berturutan yang membawa kepada pengeluaran histamin, sejenis sebatian 
yang menyebabkan badan mengalami gejala seperti gatal-gatal dan mata berair.


Langkah pencegahan

Walaupun ramai orang mengaitkan alahan dengan musim pendebungaan di kawasan 
beriklim sejuk, hakikatnya ialah orang dari seluruh dunia boleh mengalami 
alahan.

Di Malaysia, salah satu daripada penyebab umum ialah kutu habuk, yang hidup di 
tempat-tempat yang gelap dan lembap.

Kutu habuk, yang merupakan organisma seni, hidup dengan sel kulit mati yang 
dibuang oleh badan setiap hari.

Dengan itu, tikar, permaidani, sofa upholsteri, kusyen, bantal dan katil 
menjadi tempat-tempat pembiakan kutu habuk.

Walaupun hidup di negara beriklim tropika dan dilimpahi sinaran matahari 
sepanjang tahun, kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa di dalam rumah 
yang biasanya dihiasi permaidani dan upholsteri, dalam persekitaran yang tidak 
mempunyai aliran udara yang baik,.

Mujurlah kutu habuk masih boleh dibuang dengan pendedahan kepada cahaya 
matahari dan cucian yang kerap.

Pencetus alahan lain termasuk ramuan makanan tertentu, seperti kacang, gandum, 
buah-buahan sitrus dan binatang bercengkerang seperti ketam dan udang antara 
punca paling umum.

Sesetengah orang juga alah kepada bahan pengawet, dan ubat tertentu seperti 
antibiotik dan aditif perasa seperti MSG (monosodium glutamat).

Lima cara mudah untuk menguruskan alahan

* Elakkan pencetus alahan yang diketahui.

Jika anda sering alah selepas makan makanan laut, atau mengalami hidung berair 
atau mata berair apabila bermain dengan kucing, cuba jauhkan diri dariada 
punca-punca alahan tersebut.

* Bersihkan habuk di rumah, di dalam kereta dan di pejabat.

Cuci, vakum atau tukar cadar, alas sofa, kain hamparan dan mainan lembut 
sekerap mungkin.

* Tingkatkan kualiti udara persekitaran dengan membersihkan penapis udara dalam 
sistem penyaman udara secara kerap.

Kalau boleh, galakkan pengudaraan dengan membuka tingkap kereta, rumah dan 
pejabat.

* Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai banyak pengawet dan pewarna.

Tingkatkan pengambilan buah-buahan segar, sayur-sayuran dan air.

* Kunjungi doktor atau pakar alahan untuk mendapatkan ubat bagi melegakan 
gejala.


http://www.biovco.com/

==================================================================

TESTIMONI TERKINI PENGGUNA : RESDUNG & ALAHAN

Assalammualaikum,

Saya telah bertahun-tahun mengalami masalah resdung /alahan.
Bermacam-macam ubat, vitamin, food suplement saya cuba tetapi tidak
bersesuaian dengan badan dan darah saya. Malah ia akan menjadi lebih
teruk atau mendapat penyakit lain pula.

Tetapi sejak saya mengamalkan Minyak Kelapa Dara "BIOVCO", saya
telah banyak merasai perubahan dan berkurang dengan ketara. Saya
telah boleh memakan makanan laut yang dulu tidak boleh dimakan
langsung. Hingga kini saya masih menggunakan Minyak Kelapa
Dara "BIOVCO".

Sekian.

Rohidah Abdul Rahman
Section 14 Petaling Jaya
Selangor

Lain-lain testimoni :
http://www.maynetwork.net/biovco/testimoni1.html

===================================================================
** Semua testimoni di atas sembuh dengan izin Allah S.W.T. Ia belum
diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak. Kesan yang dialami
mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain.
==========================================================

Minyak Kelapa Dara "BIOVCO" dihasilkan melalui kaedah 
bioteknologi, tanpa bahan pengawet, tanpa bahan kimia, 
100% Organik dan tiada kesan sampingan.

Hanya RM30.00 Sebotol Semenanjung / RM35.00 Sabah & S'wak

Kos penghantaran PERCUMA menggunakan Pos Laju kerumah atau 
pejabat

Kandungan 1 botol (120ml - Dalam botol kaca)

Kaedah pembayaran sila email ke : [EMAIL PROTECTED]
Pembelian online : http://www.biovco.com//pembelian.html

==========================================================

Perolehi Info Kesihatan secara bersiri setiap minggu terus melalui email dengan 
PERCUMA !!!. Tajuk :

1 Penyakit tiroid lebih kerap menyerang wanita
2 Penyakit Thyroid
3 Kanak-kanak terdedah radang kulit
4 Artritis berpunca keradangan sendi
5 Tekanan Darah Tinggi
6 Koronari Jantung
7 Demi jantung, ubahlah gaya hidup
8 Resdung - Jejas kehidupan jika tidak dirawat
9 Tanggapan salah asma
10 Makanan punca alahan

untuk mendapatkan secara PERCUMA sila email ke :
[EMAIL PROTECTED]

==========================================================
http://www.biovco.com
==========================================================




































http://freeautobot.com/cgi-bin/autores/autores.cgi?val=sipBMYWF


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives
http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/IYOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke