Perkhidmatan Penyediaan Wasiat Islam & Hibah.
Apa akan berlaku kepada suami/isteri dan anak-anak apabila pasangannya mati? Pernahkah anda memikirkan persoalan ini?
Konsep pemilikan harta dalam Islam ialah sebagai pemegang amanah bertanggungjawab mengurus dan mentadbir harta sebaik mungkin menurut syariat. Tanggungjawab ini termasuklah pentadbiran harta semasa hidup di dunia dan perancangan pentadbirannya selepas kematian iaitu dengan merancang pusaka. Untuk itu, umat islam perlu faham apakah mekanisme untuk merancang pusaka dan konsep Surat Wasiat harus difahami dengan skop yang lebih luas. Ia merupakan dokumen bertulis yang menyatakan segala hasrat pewasiat berkenaan pentadbiran harta pusaka, pernyataan harta sepencarian, juga hasrat lain tidak terkata atau tidak sempat diucapkan semasa hidup. Manakala seorang WASI (pemegang amanah) dipilih untuk melaksanakan semua arahan si mati termasuk menunaikan hak-hak yang tergantung ke atas harta sebelum dibahagikan kepada ahli
waris.
“Dan bagimu (suami-suami) seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat daripada harta yang ditinggalkannya sesudah di penuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperolehi seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki atau perempuan, yang tidak
meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai saudara laki-laki (seibu sahaja), atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja) maka bagi masing-masing kedua-dua saudara itu memperolehi seperenam daripada harta. Tetapi jika ssaudara-saudara itu lebih daripada mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat seorang, maka sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.”
(An-nisa : 12)
“Tidak sepatutnya seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidur lebih dari dua malam berturut-turut melainkan dia telah menulis wasiat disisinya.”
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Apa itu dokumen wasiat?
Wasiat adalah satu dokumen bertulis mengenai arahan-arahan si pewasiat tentang apa yang perlu dilakukan oleh wasi dan waris-warisnya selepas kematiannya. Arahan tentang bagaimana harta-harta pewasiat juga boleh dimasukkan ke dalam dokumen wasiat.
Kenapa dokumen wasiat penting?
Harta
yang tidak mempunyai penama seperti hartanah, akaun simpanan dan semasa dan yang lainnya akan dibekukan apabila tuan punya meninggal dunia. Proses pewarisan harta-harta di atas tanpa dokumen wasiat akan mengambil masa lebih lama berbanding jika simati mempunyai dokumen wasiat.
Siapa yang perlu membuat wasiat?
1. Pemilik-pemilik harta
2. Ibu atau Bapa
tunggal
3. Pasangan yang tiada anak
4. Pasangan yang mempunyai anak angkat
5. Pasangan yang tiada anak lelaki
6. Pasangan yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
Masalah tanpa dokumen wasiat.
Tempoh pengagihan harta pusaka yang lama :
Terdapat kes harta pusaka tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 5, 10, 20 tahun atau 1 generasi malahan 3 generasi.
Harta sepencarian :
Tuntutan harta sepencarian perlu dikemukakan ke Mahkamah Syar’iah dan memakan masa yang lama.
Keluarga yang mempunyai anak perempuan sahaja :
Sebahagian harta simati akan menjadi milik adik-beradik simati (jika ibu/ bapa simati tiada). Timbul konflik kepada pasangan yang perlu membesarkan anak.
Konflik pemegang amanah :
Tanpa perlantikan wasi, hak anak di bawah umur boleh dimanipulasi.
Perbalahan keluarga :
Perbalahan di antara waris-waris mudah berlaku dan menjejaskan hubungan silaturrahim.
Apakah harta yang memerlukan dokumen wasiat untuk diuruskan?
1. Akaun-akaun bank (semasa dan simpanan)
2. KWSP, Takaful, Insurans, Tabung Haji dan Akaun Saham Amanah
3. Rumah, Tanah dan apa-apa sahaja harta tidak alih yang lain
4. Saham-saham di syarikat persendirian dan tersenarai
Soalan-soalan yang sering ditanya (FAQ).
Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi saya di 017 2955 952 atau [EMAIL PROTECTED] atau layari http://www.wasiyyahshoppe.com
MAKLUMAN
Group wasiat ditubuhkan bertujuan untuk membincangkan langkah penyelesaian berkaitan dengan harta pusaka orang
Islam di Malaysia. Umum sedia maklum bahawa, kebanyakkan tanah orang Islam di Malaysia tidak dapat dibangunkan walaupun nilainya mencecah berbillion ringgit. Contoh terdekat ialah seperti kes di KAMPUNG BARU dan KERAMAT. Masalahnya untuk kedua-dua kawasan ini cuma satu iaitu tiadanya PERLANTIKAN WASI untuk menguruskan harta tersebut. Orang Islam terikat pada HUKUM FARAID. Tujuan WASI ialah untuk menentukan pembahagian harta pusaka itu mestilah menurut HUKUM FARAID tersebut.
Group ini juga mengharapkan pertanyaan dari ahli yang mempunyai sebarang masalah tentang
pembahagian harta pusaka samada bagi waris yang telah meninggal dunia atau pun yang masih hidup.
INGATLAH BAHAWA HARTA ORANG ISLAM DI MALAYSIA INI TERLAMPAU BANYAK TETAPI KITA MASIH MEREMPAT DI TANAH AIR KITA SENDIRI.
Dengan hormatnya, anda dijemput
untuk menyertai group ini. Anda juga diharapkan dapat memperkenalkan group ini kepada kawan-kawan anda yang lain.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.....
Sila klik :
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
SPONSORED LINKS
| Regional truck driving jobs | Regional truck driving jobs | Arizona regional multiple listing service |
| United regional health care system | Regional gift basket | Regional acceptance |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "iklan-mini" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
