Assalamualaikum,
Pernahkah anda punya kemusykilan tentang Solat, Puasa atau hal-hal rumah tangga tetapi terlalu malu untuk bertanya? Yealah... malu takut-takut dipandang rendah oleh orang lain, kan? Usah risau buku-buku terbaru di AdikBijak.com di bawah telah dirumus khusus bagi menjawab pelbagai soalan-soalan yang tampak remeh-temeh... tetapi ramai di kalangan kita tidak berani bertanyakan secara langsung.
Buku ini disusun menggunakan pendekatan soal-jawab dan ditulis menggunakan gaya bahasa yang mudah dan santai (adakalanya lucu dan menghiburkan) tetapi penuh dengan informasi berguna.
![]() | Remeh Temeh Tentang Solat Ust. Mohammad Nidzam Abd. Kadir Kerana kurangnya mengikuti kelas pengajian agama Islam terutama tentang ibadah, maka ramai umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok belok solat. Solat sudah menjadi ikut-ikutan. Kadang kala solat dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan seseorang.
Sedangkan untuk menunaikan
solat yang datang terus daripada Allah s.w.t tentulah mempunyai modul, teknik, rasional dan peraturan yang lengkap.
Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang solat kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan secara senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang SOLAT! Anda punya kemusykilan dalam perkara-perkara berikut? Buku ini MESTI BACA buat anda... - Apakah dia solat sunat sebelum dan sesudah solat fardu, dan bila ianya boleh dilakukan?
- Bolehkah solat fardu yang ditinggalkan dengan sengaja digantikan semula (qada')?
- Sahkah solat saya jika...
- Dan pelbagai persoalan tentang solat, wuduk dan isu-isu yang berkaitan dengannya
Harga Pasaran : RM16.90 |
![]() | Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin Ust. Mohammad Nidzam Abd. Kadir Dengan perkembangan ketamadunan manusia dan kemajuan globalisasi, sudah ada orang beranggapan soal nikah kahwin menjadi satu adat. Golongan yang menolak remeh temeh adat lantas
menjadikan nikah kahwin suatu upacara mudah dan ringkas. Sementara orang berada pula menjadi nikah kahwin satu majlis sosial untuk mempamerkan darjat dan kekayaan.
Sedarkah kita bahawa nikah kahwin adalah soal hukum hakam syariat yang dipanggil munakahat? Dapatkah kita bezakan antara syariat dan adat? Kurangnya orang belajar tentang munakahat hari ini menyebabkan banyak perkara remeh temeh tentang nikah kahwin sudah diabaikan.
Buku ini mengajak pembaca kembali memahami sekecil-kecil perkara tentang nikah kahwin kerana ianya agenda terpenting di dalam membentuk generasi pewaris kehidupan kita. Anda punya kemusykilan dalam perkara-perkara berikut? Buku ini MESTI BACA buat anda... - Apakah hukumnya bertepung tawar?
- Adakah majlis membatalkan air sembahyang itu satu adat atau
syariat?
- Jatuhkah talaq jika...
- Dan pelbagai persoalan tentang pernikahan, hubungan suami isteri dan isu-isu yang berkaitan dengannya
Harga Pasaran : RM16.90 |
![]() | Remeh Temeh Tentang Puasa Ust. Mohammad Nidzam Abd. Kadir Kerana kurangnya mengikuti kelas pengajian agama Islam terutama tentang fardhu
ain, maka ramai umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok belok ibadah puasa. Berpuasa sudah menjadi ikut-ikutan. Kadang-kadang puasa dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan seseorang.
Sedangkan untuk menunaikan tanggungjawab ibadah puasa yang menjadi Rukun Islam ke-3 tentulah mempunyai adab, teknik, rasional dan peraturan yang ditetapkan.
Prang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang puasa kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan secara senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang PUASA! Anda punya kemusykilan dalam perkara-perkara berikut? Buku ini MESTI BACA buat anda... - Bilakah masanya berpuasa itu hukumnya HARAM?
- Bolehkah berkumur-kumur ketika berpuasa dan apakah batal puasa saya?
- Saya sedang bermusafir maka saya bolehlah makan dikhalayak ramai kan?
- Batalkah puasa saya jika...
- Dan pelbagai persoalan tentang puasa, Ramadhan, Hari Raya dan isu-isu yang berkaitan dengannya
Harga Pasaran : RM16.90 |
Ingin menjadi pengedar buku-buku di atas? Hubungi kami melalui email di [EMAIL PROTECTED] atau melalui talian 016-6628848 (En. Shariman Azeze).
"SELANGKAH LEBIH BIJAK"
CYBERAZEZE
AdikBijak.com
Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.
__._,_.___
SPONSORED LINKS
__,_._,___