Lawak Hari Ini: Suami yang Pening
Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru
lahir di sana . Mereka bertolak semenjak subuh lagi. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sesampai mereka diperhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air PowerRoot dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu. Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,
Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!
Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga,
nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.
Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala siisteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tetapi tiba tiba si suami memanggilnya semula.
Suami : Nak pergi
mana?
Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!
Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!
Isteri : @#%$*!?>/&$([EMAIL PROTECTED]@$%&^%*&^?>&[EMAIL PROTECTED]><?*)&[EMAIL PROTECTED]
___________________________________________________ Anda rasa boring?
Tak ada siapa nak buat lawak untuk anda?
Ingin
medapat lawak tiap2 hari secara PERCUMA,
1.daftarlah disini www.lawakpecahperut.com
2. atau hantar email anda ke [EMAIL PROTECTED] dengan tajuk "daftar", itu saja
dan anda akan menikmati lawak setiap hari didalam email anda secara percuma.
terima kasih
Mohd Yusuf
Modetraktor
www.rahsiakerja.com (Ruangan untuk pencari kerja)
We have the perfect Group for you. Check out the handy changes to Yahoo! Groups. __._,_.___
SPONSORED LINKS
| Arizona regional mls | Regional truck driving jobs | Regional truck driving jobs |
| Home page | Regional gift basket |
Your email settings: Individual Email|Traditional
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch to Fully Featured
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
