---------------------------
Get $960,799 with this simple system:
==> http://www.clickaudit.com/goto/?25143
---------------------------
Demi jantung, ubahlah gaya hidup
Oleh: DR. ABDULl AZIZ KECHIL
JIKA terdapat satu organ dalam tubuh yang sentiasa sarat dengan
kerja, ia adalah jantung. Ia sentiasa berdegup setiap saat, tidak
pernah berhenti seketika untuk rehat sehinggalah ke hujung nyawa
anda. Jantung adalah organ yang berkuasa, bersaiz kira-kira
sebesar genggaman anda dan bertanggungjawab terhadap pengepaman
darah ke seluruh tubuh.
Bagi orang dewasa yang sihat, tubuh mengandungi kira-kira lima
liter darah yang beredar berulang kali ke seluruh tubuh. Darah
tersebut bergerak dari jantung, masuk ke dalam arteri, kapilari,
dan vena sebelum kembali ke jantung. Keseluruhan kitaran tersebut
mengambil masa kira-kira 60 saat, di mana ketika itu darah
mengangkut oksigen dan nutrien ke semua sel dalam tubuh.
Apabila individu semakin berumur, banyak faktor boleh menjejaskan
fungsi normal jantung seperti stres, tahap kolesterol darah yang
meningkat dan saluran yang tersumbat (aterosklerosis) disebabkan
oleh saluran darah yang telah rosak.
Penyakit jantung adalah satu daripada pembunuh utama lelaki dan
wanita di negara ini. Kegagalan jantung didefinisikan sebagai
ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi untuk
memenuhi keperluan tubuh.
Fungsi pengepaman jantung terbahagi kepada dua fasa: pertama,
keupayaan jantung untuk mengepam darah dengan aktif ke tubuh dan
yang kedua, keupayaan jantung untuk berehat dengan betul supaya
darah boleh kembali ke dalam jantung yang berkeadaan rehat.
Fasa pertama dipanggil sistol; yang kedua dipanggil diastol.
Apabila jantung mula tidak berfungsi, kedua-dua fungsi ini
biasanya menjadi tidak normal.
Dalam buku yang terlaris, Programme for Reversing Heart Disease,
penulisnya Dr. Dean Ornish menawarkan bukti yang didokumenkan
bahawa penyakit jantung boleh dihentikan, atau malah dikembalikan
kesihatannya, dengan hanya menukar gaya hidup, diet, bersenam dan
meditasi.
Walaupun diet adalah penting, Dr. Ornish menyebut bahawa stres
dari segi emosi memainkan peranan penting dalam hampir semua
penyakit, secara langsung atau tidak langsung. Stres dari segi
emosi menjerut arteri dan menyumbatkan darah dengan lebih cepat,
yang seterusnya boleh menyebabkan serangan jantung.
Menyedari risiko anda mendapat penyakit jantung adalah langkah
pertama yang penting. Selain daripada umur dan sejarah keluarga,
tekanan darah tinggi, diabetes, tabiat merokok, obesiti dan tidak
menjalankan aktiviti dari segi fizikal akan meningkatkan risiko
penyakit jantung.
Bagi mengekalkan jantung yang sihat dan membantu mengurangkan
risiko penyakit jantung, adalah penting anda menukar gaya hidup
anda dengan mengikuti diet yang betul (tinggi dalam serat tetapi
rendah dalam makanan diproses dan minyak terhidrogen, kaya dengan
minyak omega-3), menangani stres, berhenti merokok, kerap
bersenam, dan memulakan hubungan kasih sayang dan peribadi yang
menyenangkan dengan orang lain, kerana orang yang berasa sunyi
dan murung lebih berkemungkinan untuk jatuh sakit dan mati awal.
Contohnya, Chow Kean Mun. Beliau telah melakukan pembedahan
pintasan sebanyak tiga kali 23 tahun yang lalu dan hari ini pada
usia 75 tahun, beliau adalah seorang yang sihat. Daripada seorang
yang tidak berbuat apa-apa dan menghisap rokok terus-menerus pada
umur 50-an, lelaki ini telah melakukan perubahan sepenuhnya dalam
gaya hidup dan keperluan dietari beliau.
Ativiti-aktiviti harian beliau termasuklah berjalan cepat,
berkebun, meluangkan masa dengan cucu, mengambil bahagian dalam
aktiviti agama, bermain catur dan kadang-kadang minum bersama
rakan-rakannya.
Beliau juga banyak memakan suplemen pemakanan yang berasal
daripada alam semula jadi dan ditanam secara organik.
Oleh kerana makanan yang diproses hari ini dipenuhi dengan bahan
pewarna, perasa dan bahan pengawet yang tidak mempunyai banyak
nilai pemakanan, maka suplementari makanan telah menjadi satu
keperluan.
Pengambilan antioksidan yang mencukupi seperti vitamin A, C dan
E, karotenoid, cathechins dan CoQ10 boleh melindungi daripada
kerosakan oksidatif.
Jika meminum 2 sudu minyak kelapa dara sehari boleh menjauhkan
anda daripada doktor, gaya hidup sihat boleh menjadikan jantung
anda sentiasa berdegup!
* - Dr. Abdul Aziz Kechil merupakan seorang pakar
neurofisiologi.
ANDA HENDAKKAN DIRI SIHAT, INGIN BERHENTI MEROKOK, TAPI
BAGAIMANA?
Anda dah lama nak berhenti merokok tapi tak tahu macamana
caranya.
Anda dah berhenti merokok untuk beberapa ketika tapi oleh
kerana hati anda tidak kuat atau desakan kawan-kawan anda merokok
kembali, anda gagal lagi!
Anda tahu bahaya merokok dan cuba bermacam cara untuk berhenti
tapi tak berjaya.
Semakin anda kata nak berhenti maka semakin kuatlah rakan anda
menghalangnya.
Ada cara lain..
Lihat sini:
==> http://www.clickaudit.com/goto/?38683
Semoga berjaya,
Florence Adam
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/