Pesawat AS disewa Nato kena tembak 

http://www.maynetwork.net

KANDAHAR: Pejuang Taliban di Afghanistan semalam menyatakan ia berjaya menembak 
jatuh sebuah pesawat awam Amerika Syarikat yang disewa tentera Pertubuhan 
Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di selatan Afghanistan.

“Sebuah helikopter terhempas dan mungkin ada yang terbunuh. Kami belum tahu 
berapa ramai,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Zemarai Bashary sambil 
menambah, belum diketahui punca nahas yang berlaku ketika cuaca buruk itu.

Ditanya mengenai dakwaan Taliban, beliau berkata, pihaknya belum dapat menafi 
atau mengesahkannya.

Nato kelmarin menyatakan ia terputus hubungan dengan helikopter yang ditugaskan 
menghantar bekalan bantuan dari Kandahar ke wilayah Uruzgan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pejuang Taliban meletupkan 
bom kereta berhampiran konvoi tentera Nato di selatan Afghanistan, menyebabkan 
sekurang-kurangnya 14 penduduk awam dan tiga tentera cedera, kata saksi dan 
doktor.

Letupan itu merosakkan sebuah kereta perisai Nato, kata pemberita yang berada 
di tempat kejadian. – AP

“Tiga tentera Nato cedera,” kata Ketua Squadron, Jason Chalk di Kandahar. 

“Selepas kejadian bom kereta itu, tentera melepaskan tembakan rambang 
menyebabkan ramai penumpang kereta cedera, kata pemberita.

Seorang doktor di hospital Mirwais, Nasibullah Khan, berkata pihaknya menerima 
dua mayat dan 14 penduduk yang cedera dengan lapan daripada mereka cedera 
akibat ditembak.

http://www.maynetwork.net

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Iklankan menggunakan email secara PERCUMA di :

http://finance.groups.yahoo.com/group/maynetwork/

Keahlian : 9312 email
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
IK041206-9A

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke