Venezuela, Iran setuju sekat pengaruh AS

CARACAS: Pemimpin Venezuela dan Iran – dua negara yang dianggap musuh Amerika 
Syarikat semalam bersetuju membelanjakan berjuta-juta dolar bagi membantu 
negara ketiga melepaskan diri daripada cengkaman pengaruh Washington.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Rawatan tanpa ubat, berkesan, selamat dan tiada kesan sampingan :

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY

http://search.yahoo.com/search?p=minyak+kelapa+dara+biovco&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&vc=countryMY&fp_ip=MY

Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah resdung, darah tinggi, asma, kulit, 
rambut, berat badan dsb. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk ibu 
mengandung.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Dua negara yang juga antara pengeskport utama dunia itu sebelum ini mengumumkan 
dana bersama bernilai AS$2 bilion (RM7.1 bilion) bagi membiayai projek di 
Caracas dan Teheran, namun semalam Presiden Hugo Chavez dan rakan sejawatnya, 
Mahmoud Ahmadinejad bersetuju menggunakan wang itu di negara sahabat di dunia 
ketiga.

“Ia membolehkan kita membiayai projek di negara yang kerajaannya terpaksa 
berusaha keras melepaskan diri daripada cengkaman imperialis Amerika,” kata 
Chavez yang menemui pemimpin Iran di Caracas, semalam. Ini adalah lawatan kedua 
Ahmadinejad ke ibu negara Venezuela itu dalam tempoh tidak sampai 4 bulan.

“Dana ini, wahai saudaraku (Ahmadinejad) adalah alat serta mekanisma menyekat 
pengaruh Amerika. Jahanam dasar penjajah Amerika!”

Ahmadinejad pula menyifatkan keputusan itu amat penting kerana dapat 
menggalakkan kerjasama di negara ketiga, khususnya di Amerika Selatan dan 
Afrika.

Chavez sebelum ini sudah berikrar menyalurkan wang berbilion dolar dalam bentuk 
bantuan asing, pembelian bon dan urus niaga minyak.

Iran sebaliknya menjalin kerjasama dengan kumpulan pejuang di Asia Barat 
seperti Hamas dan Jihad Islam yang dilihat sebahagian perluasan pengaruhnya di 
rantau berkenaan.

Kunjungan Ahmadinejad ke Caracas menjadi persinggahan pertamanya sempena 
lawatan ke negara Amerika Selatan yang turut menyaksikannya menemui pemimin 
kerajaan berhaluan kiri yang baru dilantik iaitu Nicaragua dan Equador.

Malah Nicaragua dan Ecuador seperti juga Venezuela, sememangnya berusaha 
mengurangkan cengkaman Amerika di rantau terbabit.

Namun Chavez dan Ahmadinejad terutamanya, semakin ketara dalam misi bersama 
bersuara lantang dan menyekat pengaruh Amerika. Chavez muncul antara pemimpin 
yang mempertahankan program nuklear Iran yang mengikut Teheran, bagi tujuan 
keamanan.

Chavez menuduh Amerika sengaja menggunakan isu itu sebagai alasan menyerang 
Iran dan sudah berjanji untuk mempertahankan negara sahabatnya itu.

Ahmadinejad pula menggelar Chavez sebagai ‘wira perjuangan memerangi penjajahan 
Amerika.’ – AP

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Rawatan tanpa ubat, berkesan, selamat dan tiada kesan sampingan :

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY

http://search.yahoo.com/search?p=minyak+kelapa+dara+biovco&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&vc=countryMY&fp_ip=MY

Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah resdung, darah tinggi, asma, kulit, 
rambut, berat badan dsb. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk ibu 
mengandung.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke