Bush tidak bercakap benar isu penghantaran askar ke Iraq SEWAKTU memberi penjelasan mengenai penghantaran askar tambahan ke Iraq, Presiden George W. Bush dan para pembantunya sekadar menyatakan versi yang tidak lengkap.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= <<< DAPATKAN DISKAUN ISTIMEWA !!! Hari Ini sahaja >>> Rawatan tanpa ubat, berkesan, selamat dan tiada kesan sampingan : http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah resdung, darah tinggi, asma, kulit, rambut, berat badan dsb. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk ibu mengandung. =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Mereka memberi jawapan mudah dan tidak benar sehingga mencetuskan persoalan baru mengenai ketepatan kenyataan pihak pentadbiran Bush mengenai Iraq. Apabila saya berucap ke seluruh negara lebih setahun yang lalu, hampir 13 juta rakyat Iraq sudah mengundi bagi membentuk sebuah kerajaan bersatu dan negara demokratik, kata Bush Khamis lalu. Menurut Presiden itu, pentadbirannya yakin langkah yang diambil itu akan membawa kepada penyatuan Iraq. Apabila kami melatih pasukan keselamatan Iraq, kami berharap dapat menyempurnakan tugas itu dengan bilangan askar yang lebih sedikit. Bagaimanapun pada 2006, sebaliknya yang berlaku. Keganasan di Iraq, terutamanya di Baghdad, mengatasi pencapaian politik. Rangkaian Al-Qaeda dan pejuang Sunah menentang dan mereka telah bertindak dengan mengorbankan penduduk Iraq, kata Bush. Beliau menuduh pihak pengganas itu meletupkan sebuah tempat suci pengikut Syiah - Masjid Emas Samarra - sebagai usaha terancang bagi mencetuskan kemarahan penduduk Syiah. Strategi itu berjaya apabila elemen radikal Syiah, sesetengahnya disokong oleh Iran menubuhkan skuad berani mati, dan akibatnya, keganasan berterusan, tegas Presiden itu. Versi ini membantu memberikan justifikasi kepada jalan baru Bush di Iraq. Mengikut rancangan Washington, tentera penceroboh memberi tumpuan kepada pejuang Sunah sementara Baghdad akan melucutkan senjata militan Syiah. Bagaimanapun pengakuan Presiden AS itu secara tidak langsung telah mengetepikan hakikat 15 bulan sebelum ini, iaitu apabila skuad pembunuh Syiah sudah mula menjadikan ulama dan ahli politik Sunah sebagai sasaran. Tindakan meletakkan kesalahan ke atas keganasan puak pada pengeboman Kubah Emas merupakan kesilapan dasar Bush. Ia mengetepikan hakikat mengenai mendalamnya kebencian puak-puak di Iraq. Pentadbiran Bush telah terlepas pandang ke atas akar umbi konflik itu. Perkiraan Bush juga gagal untuk mengambil kira kumpulan-kumpulan Syiah dokongan Iran yang menjadi pencetus konflik. Dakwaan mengenai pengeboman ke atas masjid Syiah di Samarra itu turut mengabaikan fakta dan persoalan sebenar. Ia dibuat lebih kepada alasan politik semata-mata. Ia sama seperti dakwaan sebelum perang bahawa Saddam Hussein menjalin hubungan dengan Al-Qaeda dan memiliki senjata pemusnah besar-besaran. Memang tidak dinafikan pengeboman pada Februari lalu menjadi titik penting kepada politik Iraq. Sehari selepas serangan ke atas Kubah Emas itu, militan Syiah menyerang masjid-masjid dan penempatan Sunah, membunuh beratus-ratus orang. Serangan itu menyebabkan penduduk Sunah di Baghdad melengkapkan diri mereka dengan senjata api dan melancarkan serangan bom kereta ke atas kejiranan Syiah. Kita akan terjerumus ke lereng yang licin dengan mendadak. Kedua-dua pihak kini menajamkan pisau. Kekecewaan terhadap ketepatan kenyataan pihak pentadbiran pula semakin meningkat terutamanya berhubung dengan testimoni Rice sebelum ini. Puan Setiausaha (Rice), saya tidak memberi sokongan kepada anda dan pentadbiran dalam perang ini, dan saya tidak boleh terus menyokong pendirian pentadbiran. Saya tidak diberitahu cerita sebenar dan rakyat Amerika tidak diberitahu mengenai kebenaran, kata Senator Demokrat dari Florida, Bill Nelson. Agensi =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= <<< DAPATKAN DISKAUN ISTIMEWA !!! Hari Ini sahaja >>> Rawatan tanpa ubat, berkesan, selamat dan tiada kesan sampingan : http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah resdung, darah tinggi, asma, kulit, rambut, berat badan dsb. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk ibu mengandung. =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
