Bush gagal bantu pelarian Iraq WASHINGTON 17 Jan. Beberapa senator Amerika Syarikat semalam mengadu bahawa pentadbiran Presiden George W. Bush gagal membantu lebih dua juta pelarian Iraq yang melarikan diri dari negara mereka yang diselubungi peperangan.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= <<< DAPATKAN DISKAUN HEBAT - JIMAT RM25.00 !!! >>> http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Menurut angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), walaupun ramai daripada pelarian itu mencari perlindungan di Jordan dan Syria, kira-kira 1.7 juta lagi merempat di dalam negara. Para senator terbabit menyatakan, AS yang mengetuai pencerobohan ke atas Iraq pada Mac 2003 hanya memberi status pelarian kepada 466 orang sejak perang meletus. Seperti aspek lain dalam peperangan, kita mempunyai tanggungjawab besar terhadap penderitaan mereka, kata Senator Edward Kennedy dari Jawatankuasa kehakiman Senat. Negara kita membelanjakan lebih RM28 bilion (AS$8 bilion) sebulan untuk perang di Iraq tetapi gagal memenuhi tanggungjawab kemanusiaan kepada pelarian perang dan Jabatan Negara hanya memperuntukkan RM70 juta (AS$20 juta) pada tahun fiskal 2007, ujar Kennedy. Kennedy dan seorang rakan dari Republikan, Arlen Specter meminta pentadbiran memberi peruntukan kepada usaha UNHCR dan memudahkan permohonan taraf pelarian kepada Iraq yang menjadi sasaran ancaman kerana bekerja dengan tentera penceroboh. AFP =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= <<< DAPATKAN DISKAUN HEBAT - JIMAT RM25.00 !!! >>> http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
