Bush diberi kata dua - Nuklear: Presiden AS perlu kelulusan Kongres jika serang 
Iran

WASHINGTON 19 Jan. – Para perwakilan di Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam 
bertegas dengan memberi kata dua bahawa Presiden George W. Bush mesti 
mendapatkan kelulusan Kongres sebelum melancarkan tindakan ketenteraan ke atas 
Iran.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Kos rawatan semakin meningkat, cegah sebelum terlewat, amalkan cara hidup 
sihat. Jangan ambil ubat tanpa nasihat doktor, bersenam, kurangkan pengambilan 
makanan yang mengandungi bahan kimia. Kaedah terkini melalui makanan 
semulajadi, tanpa bahan kimia, tanpa bahan pengawet, tanpa kesan sampingan, 
selamat dan sesuai untuk semua peringkat dan umur. Terbukti kepada pengidap 
resdung, darah tinggi, asma, jantung. Maklumat lanjut ?

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Gesaan itu tetap dibuat walaupun pentadbiran Bush sebelum ini menafikan mereka 
mempunyai rancangan untuk menyerang negara Parsi itu.

Resolusi agar Bush mendapatkan sokongan Kongres itu dibentangkan di Dewan 
Perwakilan oleh beberapa anggota Demokrat dan Republikan.

Ia bertujuan menghalang AS terlibat dalam satu lagi peperangan yang sukar 
dikawal seperti yang berlaku di Iraq ketika ini.

“Kongres tidak akan berdiam diri dan tidak akan membiarkan mana-mana pihak 
mengheret negara ini ke dalam satu lagi peperangan yang hanya akan menjadikan 
Amerika dan dunia kurang selamat,” kata wakil Demokrat, Martin Meehan iaitu 
seorang daripada penaja resolusi itu.

Bush yang kini sedang menyiapkan teks ucapan tahunannya, melahirkan keyakinan 
bahawa strategi baru bagi menghentikan keganasan di Iraq itu akan berhasil.

“Saya percaya strategi ini akan berhasil,” kata Bush kepada televisyen Belo, 
sebuah kumpulan stesen tempatan AS semalam.

Walaupun beliau mengaku “masih berasa ragu-ragu”, Bush tidak menunjukkan 
sebarang tanda akan membatalkan strategi baru tersebut yang turut merangkumi 
rancangan untuk menghantar 21,500 askar tambahan ke Iraq.

Bush dijangka mempertahankan strategi baru itu dalam ucapan tahunannya, yang 
akan disampaikan pada sesi bersama Kongres, Selasa ini.

Anggota Demokrat dan sebahagian wakil Republikan dikatakan sedang bersiap sedia 
untuk pengundian bagi menentang rancangan penghantaran askar tambahan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates yang kini berada di 
Manama, Bahrain berkata, AS tidak merancang menyerang Iran.

“Sebenarnya, semua orang tidak mahu satu lagi konflik ketenteraan berlaku di 
rantau ini,” kata Gates. 

– AFP

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Kos rawatan semakin meningkat, cegah sebelum terlewat, amalkan cara hidup 
sihat. Jangan ambil ubat tanpa nasihat doktor, bersenam, kurangkan pengambilan 
makanan yang mengandungi bahan kimia. Kaedah terkini melalui makanan 
semulajadi, tanpa bahan kimia, tanpa bahan pengawet, tanpa kesan sampingan, 
selamat dan sesuai untuk semua peringkat dan umur. Terbukti kepada pengidap 
resdung, darah tinggi, asma, jantung. Maklumat lanjut ?

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke