Sokongan bagi Bush merosot

WASHINGTON: Sokongan kepada kepemimpinan Presiden George W Bush berada pada 
tahap terendah pernah diterima mana-mana presiden lain sejak Presiden Richard 
Nixon pada 1974, menurut tinjauan Washington Post dan ABC News.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Kaedah terkini melalui makanan semulajadi, tanpa bahan kimia, tanpa bahan 
pengawet, tanpa kesan sampingan, selamat dan sesuai untuk semua peringkat dan 
umur. Terbukti kepada pengidap resdung, darah tinggi, asma, jantung. Maklumat 
lanjut ?

http://search.yahoo.com/search?p=minyak+kelapa+dara+biovco&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&vc=countryMY&fp_ip=MY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Dalam tinjauan dibuat sehari sebelum ucapan tahunan Bush kepada seluruh rakyat, 
65 peratus berkata mereka tidak berpuas hati dengan cara beliau mengendalikan 
tugasnya sebagai presiden dengan cuma 33 peratus berpendapat sebaliknya.

Tujuh puluh satu peratus rakyat Amerika Syarikat berkata, negara mereka berada 
di landasan salah, meningkat daripada 45 peratus dalam tinjauan pada April 
2003, sebulan selepas pencerobohan ke atas Iraq dilancarkan. 

Majoriti responden bulan ini juga tidak berpuas hati dengan cara Bush 
mengendalikan perang di Iraq, keganasan atau ekonomi.

Bush, yang memberi ucapan sebelum sesi bersama di Kongres hari ini, akan 
berdepan anggota partinya sendiri yang menyalahkan beliau berikutan kekalahan 
teruk Republikan kepada Demokrat pada pilihan raya November lalu untuk 
menguasai Dewan Perwakilan dan Senat. – Agensi

Jurucakap Rumah Putih, Tony Snow, berkata ucapan Bush akan memberi tumpuan 
kepada beberapa isu termasuk perang di Iraq, penjagaan kesihatan, imigresen dan 
pendidikan.

Sokongan terhadap Bush terus merudum ke tahap terendah dalam tinjauan baru yang 
dilakukan CNN dengan 63 peratus responden berkata, mereka tidak berpuas hati 
dengan cara Bush menjalankan tugas.

Tinjauan oleh CBS menunjukkan keadaan sama apabila 66 peratus responden 
menentang keputusan Bush menghantar 20,000 askar tambahan ke Iraq dan 75 
peratus lagi berkata perang semakin teruk. – Agensi

Lima puluh peratus lagi berkata Kongres tidak sepatutnya meluluskan peruntukan 
untuk askar tambahan itu.– Agensi

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Kaedah terkini melalui makanan semulajadi, tanpa bahan kimia, tanpa bahan 
pengawet, tanpa kesan sampingan, selamat dan sesuai untuk semua peringkat dan 
umur. Terbukti kepada pengidap resdung, darah tinggi, asma, jantung. Maklumat 
lanjut ?

http://search.yahoo.com/search?p=minyak+kelapa+dara+biovco&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&vc=countryMY&fp_ip=MY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke