Salam, saya sekadar ingin berkongsi pengalaman peribadi... Anak sulung saya agak lemah dalam penguasaan subjek Sains dan Matematiknya. Prestasi beliau di dalam kedua-dua subjek tersebut memang tidak pernah cemerlang dan memuaskan sejak dari awal persekolahan lagi. Sesuatu formula atau kaedah mudah terpaksa saya dan suami mengajarnya berulangkali sehinggakan suami saya sudah agak putus-asa dan tidak menaruh harapan tinggi di dalam peperiksaan UPSR yang bakal didudukinya pada tahun lepas (2006) Secara kebetulan, awal tahun lepas (Februari, 2006) kami diperkenalkan oleh rakan saya dari utara dengan makanan minda yang bersumberkan kepada khazanah perubatan Islam ini. Pada awalnya saya menganggap makanan minda ini biasa sahaja, yakni sepertimana makanan-makanan minda lain yang pernah saya ambil untuk anak saya terdahulu dari ini. Saya tidak pasti, samada secara kebetulan ataupun sebaliknya, setelah hampir 4 bulan (akhir Mei, 2006) mengamalkan makanan minda ini, perubahan yang amat ketara berlaku pada diri anak saya. Pada ketika itu, saya dapat rasakan beliau mula dengan mudah menerima apa yang diajar oleh gurunya di sekolah atau saya dirumah terutamanya subjek yang beliau lemah sebelum ini iaitu Sains dan Matematik. Hari demi hari saya dapat rasakan tentang perubahan prestasi anak saya di mana minda beliau dapat menyerap dengan mudah dengan apa yang diajar jika dibandingkan sebelum ini. Gembira dengan perubahan ini, saya terus sambung memberi makan makanan minda ini kepada anak saya sehinggalah ke hari ini. Syukur, Alhamdulillah, anak saya mencapai keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR yang baru lalu. (yang mana saya dan suami tidak sama-sekali menyangka jika berdasarkan kepada prestasi beliau dari Tahun 1 hingga awal Tahun 6) Teruja dan terharu dengan apa yang berlaku terhadap anak saya, maka saya rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat ini dengan sahabat-sahabat yang mahu melihat anak-anak mereka lebih cemerlang. Akhir sekali, sebagai seorang muslim, saya amat mengimpikan zaman kegemilangan Islam kembali bertapak dan akan merasa amat berbangga jika ia dimertabatkan semula sepertimana sejarahnya dahulu. Dengan mempunyai ramai anak-anak muslim yang cerdik dan pintar, impian ini tidak mustahil akan tercapai. Kesimpulannya, makanan minda ini "is highly recommended" oleh saya. "Sesuatu yang TERBAIK itu semestinya datang dari Allah" -Azilah Azmi, KL. sila ke link ini: http://bijakmuslim.tripod.com
--------------------------------- Don't be flakey. Get Yahoo! Mail for Mobile and always stay connected to friends.
