Kongres AS berhak tamatkan perang Iraq Pakar WASHINGTON 31 Jan. Jawatankuasa Kehakiman Senat semalam diberitahu, Kongres Amerika Syarikat (AS) mempunyai kuasa untuk menamatkan perang di Iraq.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ... http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Empat daripada lima pakar yang dipanggil untuk memberi keterangan berkata, Kongres boleh melangkah lebih jauh daripada sekadar mengemukakan usul tentangan, malah boleh mengehadkan atau menamatkan penglibatan AS di Iraq jika dewan memilih tindakan itu. Saya fikir Perlembagaan AS memberi kuasa luas kepada Kongres untuk menamatkan sesuatu perang, kata Bradford Berenson, seorang peguam yang pernah menjadi Penasihat Undang-Undang White House pada 2001-2003. Bekas Ketua Pegawai Undang-Undang AS, Walter Dellinger turut memberitahu yang Kongres memiliki kuasa muktamad untuk memutuskan saiz, skop dan tempoh penggunaan kekuatan ketenteraan. Rancangan Presiden George W. Bush untuk menghantar 21,500 lagi askar AS ke Iraq mendapat tentangan semakin hebat daripada Kongres yang dikuasai Demokrat dan mereka membentangkan pelbagai resolusi bagi menyuarakan bantahan tersebut. Bush sebelum ini menyifatkan usaha anggota Kongres untuk meluluskan resolusi mengutuk dasar beliau berhubung Iraq sebagai keterlaluan. Pengerusi sesi pendengaran itu, Senator Russ Feingold berkata, beliau akan membentangkan rang undang-undang yang melarang penggunaan dana untuk perang di Iraq enam bulan selepas usul itu dikuatkuasakan. Hari ini kita mendengar keterangan dan analisis meyakinkan bahawa Kongres berkuasa untuk menghentikan perang jika ia mahu berbuat demikian, kata Feingold, anggota Demokrat dari Wisconsin. Senat dijadual membahaskan resolusi menentang rancangan Bush untuk menambahkan askar di Iraq pada minggu depan, kata Pemimpin Majoriti di Senat, Harry Reid. Reuters =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ... http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
