Helikopter terhempas, 7 tentera AS maut

BAGHDAD 7 Feb. – Sebuah helikopter CH-46 Sea Knight tentera Amerika Syarikat 
(AS) terhempas kira- kira 30 kilometer dari barat laut Baghdad menyebabkan 
kesemua tujuh anak kapal terbunuh.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ...

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Seorang pegawai tentera udara Iraq berkata, nahas helikopter CH-46 hari ini 
yang kelima dalam masa dua minggu di Iraq, ditembak jatuh oleh peluru berpandu 
antipesawat.

Bagaimanapun, seorang pegawai pertahanan kanan AS berkata, tiada sebarang tanda 
menunjukkan helikopter itu ditembak jatuh.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, helikopter itu terhempas antara 
Baghdad dan Fallujah disebabkan masalah mekanikal.

Jurucakap pihak tentera AS, Mejar Jeneral William Caldwell mengesahkan 
helikopter itu terhempas kira-kira 30 kilometer dari barat laut Baghdad. 

Kumpulan al-Qaeda mengaku bertanggungjawab berhubung kemalangan itu dan 
berkata, mereka akan menyiarkan rakaman video nahas helikopter tersebut.

Beberapa orang saksi turut menyatakan bahawa helikopter CH-46 itu ditembak 
jatuh di sebuah padang di kawasan Sheik Amir, barat laut Baghdad dan 
menyebabkan asap yang tinggi.

"Helikopter itu terbang melepasi kami dan kemudian kami terdengar bunyi 
tembakan peluru berpandu.

"Ia terbakar dan berpusing sebanyak dua kali sebelum terhempas," kata seorang 
petani, Mohammad al- Janabi.

Pihak tentera AS banyak bergantung kepada helikopter bagi mengelakkan 
pengeboman di kaki lima jalan dan serangan hendap. Ancaman baru ke atas 
helikopter merupakan cabaran serius kepada mereka. 

– AP

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ...

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=  

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mini/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke