Kawan.. Mungkin anda ada hasrat utk berhenti merokok tapi susah..
Super Detox boleh membantu hilangkan ketagihan.. Cuma titiskan ke atas lidah semasa datang ketagihan..
http://www.clickaudit.com/goto/?38684
Artikel: Penyakit asap rokok Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN MENGAMALKAN gaya hidup aktif dan kerap bersenam bukan jaminan seseorang perokok akan terhindar daripada menghidap penyakit akibat asap rokok, seperti kanser paru-paru dan sekatan pulmonari kronik (COPD). Inilah realitinya. Kebanyakan pesakit COPD yang dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, membabitkan individu yang aktif bersukan ketika muda. Ada yang pernah menjadi jaguh badminton, menjuarai sukan lumba lari atau pemain handalan pelbagai sukan berkumpulan. Walaupun aktif bersukan, tabiat merokok yang diamalkan sejak muda meragut kesihatan mereka pada hari tua. COPD juga dipanggil 'batuk perokok' atau asma perokok kerana ia menyebabkan pesakit sesak nafas. Pesakit COPD serius di negara ini dianggarkan mencecah 500,000 orang. Kajian mendapati satu daripada lima perokok akan mengalami COPD selepas 15 hingga 20 tahun merokok. Pengarah IPR, Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin, berkata aktiviti sukan belum dapat menjamin seseorang perokok terlindung daripada penyakit disebabkan asap rokok. Malah, pengalamannya mengendali dan merawat pesakit COPD mengesahkan lagi perkara itu. "Semakin lama seseorang merokok, semakin tinggi risiko mendapat penyakit. Seseorang perokok masih terdedah kepada kesan racun dalam asap rokok yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik," katanya. Berita disiarkan Associate Press baru-baru ini melaporkan, senaman mungkin boleh membantu merendahkan risiko kanser paru-paru sehingga 35 peratus. Kajian mendapati perokok wanita yang bersenam secara aktif mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap kanser paru-paru berbanding perokok yang tidak bersenam. Dalam kajian membabitkan 42,000 wanita berusia mendapati, 324 kes kanser paru-paru berlaku pada perokok yang mengamalkan gaya hidup tidak aktif, manakala hanya 151 kes di kalangan perokok yang rajin bersenam. Bagaimanapun, ia bukan lesen bagi membenarkan seseorang itu merokok kerana rokok adalah punca utama yang menjejaskan kesihatan, kata pensyarah Universiti Pennsylvania, Dr Kathryn Schmitz yang mengetuai penyelidikan. Tindakan lebih baik dan bijak ialah berhenti merokok secepat mungkin. Tindakan ini mengurangkan risiko serangan kanser paru-paru sehingga 10 atau 11 kali ganda. Malah, keputusan kajian itu mendapat tentangan banyak pihak yang menyifatkannya kurang tepat kerana tidak mengambil kira kesan senaman terhadap masalah kesihatan lain yang kerap dialami perokok tegar. Dr Aziah berkata, keputusan kajian itu tidak boleh diterima terus kerana banyak aspek perlu diteliti seperti cara ia dilakukan, kesahihan dan penaja soal selidik. "Setiap kali diadakan kempen kesedaran mengenai COPD, pasti ada yang mendakwa mempunyai datuk yang merokok sejak berpuluh tahun tetapi tetap sihat. Tahap kesihatan seseorang bergantung kepada daya perlindungan. "Ada orang yang ketahanan badannya lemah dan mudah menghidap penyakit apabila merokok dan sebaliknya. Ini sebabnya hanya seorang daripada lima perokok akan menghidap COPD. Namun jika anda merokok, bermakna risiko menghidap pelbagai penyakit kronik memang ada dan semakin tinggi jika kuat merokok," katanya. Berdasarkan pengalamannya, ramai mengaku menjadi perokok sosial (hanya merokok sekali sekala) walaupun jumlah rokok dihisap melebihi 10 batang sehari. Sebenarnya semua perokok yang ada sekarang bermula sebagai perokok sosial. Mereka tidak sedar nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ketagihan. Apabila masalah ini berlaku, jumlah rokok bertambah secara perlahan-lahan setiap hari bagi mengatasi ketagihan. "Bagi individu yang merasakan mereka perokok sosial, saya ucapkan tahniah. Bersyukur kerana anda belum masuk ke tahap ketagih dan ini bermakna usaha berhenti merokok jauh lebih mudah. "Tahap kesihatan akan lebih baik jika anda berhenti merokok sekarang dan ia secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko menghidap kanser paru-paru dan COPD. Anda pasti berjaya berhenti jika bersikap positif, kuat semangat dan berusaha menjauhi rokok demi kesihatan jangka panjang, terutama untuk hari tua nanti," katanya. Selain itu, tindakan berhenti merokok akan menyelamatkan nyawa pasangan yang secara tidak langsung menjadi perokok pasif. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perokok pasif ialah individu yang terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu. Risalah pendidikan Kementerian Kesihatan menyebut, perokok pasif mempunyai risiko 30 peratus lebih tinggi mendapat kanser paru-paru dan penyakit jantung (25 peratus lebih) berbanding perokok. Senarai perubahan positif
Dua jam — sistem aliran darah mula bersih daripada nikotin. Empat jam — nadi menjadi perlahan ke paras lebih normal. Tekanan darah
juga menurun.
24 jam — gas beracun (karbon monoksida) akan lenyap dan badan menyerap
lebih banyak oksigen.
Dua hari — deria rasa (lidah) dan hidu (hidung) akan bertambah baik. Beberapa minggu — silia pada saluran pernafasan yang berfungsi
membersihkan bahan kotor dalam udara seperti habuk akan pulih.
Dua bulan — peredaran darah ke seluruh badan menjadi lebih cekap. Tiga bulan — Menjadi lebih subur. Lima tahun — Risiko mendapat serangan jantung menurun 50 peratus. 10 tahun — Risiko mendapat kanser paru-paru berkurang 50 peratus. Risiko
mendapat serangan jantung pula sama seperti orang yang tidak pernah merokok.
15 hingga 20 tahun — Risiko mendapat kanser paru-paru sama seperti orang
yang tidak pernah merokok. Langkah henti merokok
Tetapkan tarikh untuk berhenti. Yakin pada diri. Buat nota peringatan. Katakan pada diri 'aku bukan perokok'. Sentiasa berfikiran positif. Dapatkan sokongan pasangan, keluarga dan rakan. Lawan keinginan untuk merokok. Gunakan terapi penggantian nikotin. Melengah-lengahkan untuk merokok. Minum banyak air. Tarik nafas panjang setiap kali ingin merokok. Sibukkan diri supaya anda tidak teringat kepada rokok. Menjauhi perokok. Mengunyah sesuatu. Mandi dengan kerap. Melakukan senaman. Meditasi. Mengelak situasi yang mendorong untuk merokok. Memohon doa kepada Tuhan.
-- -- Nota: Jika email ini tidak sesuai untuk Yahoogroup ini, sila tuan Moderator reply dan letakkan "Hentikan" di dalam subjek. Terima kasih. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Teknik Mengiklan di Yahoogroups Dapatkan senarai group di sini..
http://www.clickaudit.com/goto/?45858
Yahoogroups advertising techniques Get the list of groups here..
http://www.clickaudit.com/goto/?45858
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
