...sambungan: (BAHAGIAN 2)
Peraturan 4
Ia Boleh Dilakukan
Jangan hadkan atau bataskan keupayaan diri anda. Anda boleh buat apa sahaja
jika anda tetapkan minda anda padanya, asalkan perkara itu bukanlah sesuatu
yang mustahil untuk dilakukan. Bagi apa sahaja perkara yang di bawah keupayaan
manusia, pepatah yang mengatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
adalah benar.
Disiplinkan diri dengan merancang hidup anda dan apa yang ingin anda capai.
Dengan menetapkan matlamat dan merancang langkah-langkah yang akan membantu
anda mencapainya, anda boleh mencapai apa sahaja yang anda ingini.
Peraturan 5
Berhati-hati Dengan Apa Yang Anda Pilih, Kerana Anda Mungkin Akan
Memperolehinya
Jika anda menetapkan matlamat untuk mencapai sesuatu yang benar-benar anda
inginkan dan anda merancangkannya dengan teliti, apa sahaja yang anda ingini
pasti akan anda perolehi. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menetapkan matlamat
anda.
Peraturan 6
Jangan Biarkan Fakta Yang Berlawanan Menjadi Penghalang Kepada Satu Keputusan
Yang Baik
Tumpukan perhatian pada ganjaran yang menanti, dan jangan biarkan
perkara-perkara lain yang kurang penting mengganggu tumpuan anda. Anda mungkin
tidak akan menyertai pertandingan maraton jika anda tahu bahawa pertandingan
itu akan disertai oleh 1,000 orang, tetapi adakah ini bermakna keputusan anda
untuk bertanding adalah satu kesilapan? Tidak.
Buatlah keputusan berasaskan maklumat yang berkualiti dan berdasarkan apa
yang terbaik bagi perniagaan anda. Jika seseorang datang sebagai pesaing kepada
perniagaan anda, jangan terus mengaku kalah. Teruskan larian anda. Tentu ada
sesuatu yang dapat membezakan anda daripada pesaing anda.
Peraturan 7
Jangan Biarkan Orang Lain Membuat Pilihan Untuk Anda
Anda tidak seharusnya membiarkan orang lain membuat keputusan bagi pihak
anda. Pekakkan telinga jika ibu anda mengatakan anda gila kerana melepaskan
pekerjaan yang selesa dan stabil untuk memulakan perniagaan sendiri. Anda
seharusnya mengejar impian sendiri, bukannya impian orang lain.
(Sumber: Elena Fawkner - editor A Home-Based Business Online, satu laman web
yang menyediakan idea-idea yang praktikal, sumber-sumber dan strategi untuk
perniagaan dari rumah atau perniagaan dalam talian)
...bersambung
Daripada
Pengurus Ideal Enterprise
webmaster:
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
---------------------------------
Expecting? Get great news right away with email Auto-Check.
Try the Yahoo! Mail Beta.