...sambungan: (BAHAGIAN 3)
Peraturan 8
Periksa Perkara-Perkara Kecil
Contoh perkara-perkara kecil ini ialah seperti cetakan halus dalam kontrak,
alamat laman web, ejaan dan tanda baca yang anda taip dalam surat kepada
pelanggan. Dalam kata lain, telitilah setiap perkara.
Peraturan 9
Berkongsi Penghargaan
Tiada orang yang boleh hidup tanpa bantuan orang lain. Ingat dan hargailah
orang yang telah membantu dan terus membantu anda dalam mencapai impian anda.
Beri penghargaan kepada kejayaan orang lain juga.
Peraturan 10
Bertenang Dan Berhati-Hati
Kejayaan jangka panjang tidak akan dicapai jika anda mempunyai sikap
kelam-kabut dan lalai. Dalam menghadapi cabaran yang tidak dijangka,
kemerosotan perniagaan atau kegagalan mencapai matlamat yang ditetapkan,
sedarlah bahawa ini semua hanyalah sebagaian daripada asam garam perniagaan,
dan sentiasalah bersikap tenang dan berhati-hati dalam menangani masalah.
Jangan bertindak terburu-buru. Anda tentu tidak mahu melepaskan semua usaha
anda selama ini semata-mata untuk mencuba sesuatu yang baru dan berbeza kecuali
anda telah menyelidikinya dengan mendalam dan secara tenang
Analisa situasi anda dengan tenang dan gunakan kebijaksanaan untuk
memperbaiki keadaan itu. Kadang kala anda hanya perlu membelok sedikit sahaja
untuk kembali ke laluan yang betul. Tidak perlulah anda menukar kemudi yang
baru.
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
Peraturan 11
Berwawasan dan Bersungguh-sungguh
Peraturan ini selaras dengan peraturan 4 dan 5. Untuk menetapkan matlamat dan
merancang langkah-langkah yang perlu untuk mencapainya, anda mestilah
menetapkan wawasan terlebih dahulu. Anda perlu berwawasan tinggi dan berani.
Tiada apa yang tidak boleh dicapai, maka pastikan usaha yang anda curahkan
adalah demi sesuatu yang benar-benar bernilai dan berbaloi.
Peraturan 12
Hadapi dan Tangani Ketakutan Anda
Setiap seorang dari kita pasti pernah mengalami masa-masa tertentu di mana
kita merasa tidak yakin terhadap diri sendiri atau takut untuk mengembara ke
suatu tempat yang tidak diketahui destinasinya. Jika apa yang anda rancangkan
menimbulkan rasa ragu-ragu, cemas atau takut, hadapilah dan tanganilah ia.
Perasaan-perasaan ini adalah sesuatu yang baik kerana ia membolehkan anda
melihat sesuatu keadaan itu dari perspektif yang lebih luas. Seperti yang
tertulis dalam buku ini, rasailah ketakutan itu dan teruskan melakukannya.
(Sumber: Elena Fawkner - editor A Home-Based Business Online, satu laman
web yang menyediakan idea-idea yang praktikal, sumber-sumber dan strategi untuk
perniagaan dari rumah atau perniagaan dalam talian)
...bersambung
Daripada
Pengurus Ideal Enterprise
webmaster:
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
---------------------------------
Shape Yahoo! in your own image. Join our Network Research Panel today!