> > Bush diktator dunia – Ortega > > Lain-lain Info : KLIK DISINI <http://www.maynetwork.net/>
NEW YORK 26 Sept. – Presiden Nicaragua, Daniel Ortega semalam menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai diktator dunia dan beliau turut mempertahankan hak Iran dan Korea Utara untuk memiliki teknologi nuklear. Kenyataan Ortega itu merupakan ucapan "paling panas<http://www.maynetwork.net/>" pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) setakat ini. Beliau dengan nada marah turut mengecam Presiden George W. Bush yang mengkritik pemimpin Cuba, Fidel Castro ketika berucap sejurus sebelum Ortega naik ke pentas. Menurutnya, dunia kini berada di bawah "pemerintahan diktator paling besar yang pernah wujud iaitu empayar Amerika Utara." "Ia merupakan penjajah minoriti dengan kapitalisme global untuk memiskinkan kita semua serta mengenakan aparteid ke atas pendatang Amerika Latin dan Afrika," tegasnya. Ortega turut menyindir AS sebagai satu-satunya negara yang menggugurkan bom nuklear ke atas penduduk awam dan kerana itu, Washington tidak layak mempersoalkan hak Iran dan Korea Utara untuk membangunkan teknologi nuklear. Ia merupakan ucapan pertama pemimpin berhaluan kiri itu pada UNGA sejak dipilih sebagai Presiden Nicaragua, awal tahun ini. Ortega menyatakan bahawa tidak banyak perubahan berlaku sejak kali terakhir beliau berucap kepada badan dunia itu sewaktu menjadi ketua Sandinista yang mengendalikan kerajaan Nicaragua dua dekad lalu.<http://www.maynetwork.net/> "Presiden AS bersilih ganti. Mereka mungkin mempunyai niat baik dan merasakan perlu melakukan sesuatu yang baik atas nama kemanusiaan. "Namun mereka gagal untuk memahami bahawa mereka hanyalah satu instrumen kepada sebuah empayar dalam senarai panjang empayar di planet ini," tegas Ortega. Pada awal ucapan, Ortega memulakannya dengan tema Perhimpunan Agung kali ini iaitu perubahan iklim tetapi kemudiannya bertukar kepada kecaman terhadap kapitalis global sehingga melebihi masa 15 minit yang diperuntukkan. Awal semalam, Presiden Bolivia, Evo Morales turut mempertahankan pendirian untuk memperkukuh hubungan dengan Iran bagi memajukan industri petroleum. Ucapan Ortega itu mengingatkan semua kepada ulasan Presiden Venezuela, Hugo Chavez yang mengejutkan dunia apabila memanggil Bush sebagai "iblis" dalam ucapan beliau pada Perhimpunan Agung PBB tahun lalu. Chavez bagaimanapun, tidak hadir pada perhimpunan tahun ini. – AP Lain-lain Info : KLIK DISINI <http://www.maynetwork.net/>
