*Perokok lelaki hadapi risiko lemah tenaga batin *
**

* *

* *

*UTAMA <http://www.biovco.com/> *



*TESTIMONI <http://www.biovco.com/testimoni.html>*

*INFO KESIHATAN <http://www.biovco.com/info/>*

*BELI PRODUK <http://www.biovco.com/beli.php>*



NEW YORK: Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat mendakwa lelaki yang sihat,
tetapi merokok amat berisiko tinggi mengalami masalah seksual iaitu
disfungsi erektil (ED) yang menjejaskan hubungan kelamin suami isteri.

Malah, penyelidik Fakulti Kesihatan Umum Universiti Tulane, New Orleans
dalam kajian pertama membabitkan perokok lelaki yang sihat, mendakwa lebih
banyak rokok yang dihisap, semakin tinggi risiko lelaki itu mengalami
masalah ED berkenaan yang ditakrif sebagai kegagalan mencapai kepuasan dalam
perhubungan seks.

Kajian membabitkan 4,763 lelaki Cina berusia 35-74 tahun yang bebas sebarang
penyakit atau masalah saluran darah dan mengakui aktif seks sejak enam
bulan.

Penyelidik sebaliknya mendapati ada kaitan ketara antara jumlah rokok yang
dihisap serta kemungkinan besar mengalami masalah ED berkenaan.

"Kaitan antara bilangan rokok dan ED sememangnya pernah ditemui dalam kajian
awal sebelum ini. Namun, kebanyakan kajian itu membabitkan pesakit yang
menghidap tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung.

"Apa yang berbeza, kajian kami adalah yang pertama mengaitkan masalah ED dan
rokok di kalangan lelaki yang sihat," kata penyelidik Dr Jiang He. Kajian
itu disiarkan edisi terbaru American Journal of Epidimiology.

Katanya, secara keseluruhan, lelaki yang merokok mempunyai peluang 41
peratus mengalami masalah ED berbanding lelaki yang tidak merokok.

"Sememangnya wujud kaitan ketara antara rokok dan ED iaitu berbanding mereka
yang tidak merokok, lelaki yang menghisap rokok sehingga 10 batang sehari
mempunyai risiko sehingga 27 peratus mengalami masalah itu.

"Mereka yang merokok 11 – 20 batang rokok sehari pula mempunyai risiko 45
peratus dan yang merokok lebih 20 batang rokok sehari pula risikonya
mencecah 65 peratus."

Penyelidik itu menganggarkan 22.7 peratus atau 11.8 juta kes ED di kalangan
lelaki Cina yang sihat, berkemungkinan besar disebabkan tabiat merokok itu.

Malah, jika mereka berhenti merokok sekali pun, peluang mengalami ED
sebaliknya tidak berubah.

Risiko ED terbukti sama seperti lelaki itu merokok biarpun dia sudah
berhenti.

"Apa yang pasti, kajian ini memberi amaran keras kepada lelaki, khususnya
golongan muda. Ia pasti mendapat perhatian mereka apabila menyedari yang
masalah lemah tenaga batin itu sememangnya boleh dialami perokok, biarpun
mereka terbukti bebas menghidap penyakit serius lainnya.

"Oleh itu, jangan cuba memulakan tabiat merokok," kata Dr He. – Reuters



* *

*UTAMA <http://www.biovco.com/> *



*TESTIMONI <http://www.biovco.com/testimoni.html>*

*INFO KESIHATAN <http://www.biovco.com/info/>*

*BELI PRODUK <http://www.biovco.com/beli.php>*

Kirim email ke