Kekacauan hormon Tiroid masalah sepanjang hayat
*Klik disini untuk maklumat lanjut :*
*http://www.biovco.com*<http://www.biovco.com/>
Sila fowardkan jika anda fikir ia memberi manafaat kepada rakan & kenalan

*Hipotiroidisme* tidak terhad pada usia tertentu, gagal dikesan kerana
gejala tidak ketara, sangat umum

PENYAKIT tiroid sebenarnya masalah kesihatan yang kerap berlaku di seluruh
dunia. Malah, ada kajian yang menunjukkan penyakit tiroid menjejaskan lebih
200 juta warga dunia. Antara masalah tiroid yang kerap terjadi adalah
hipotiroidisme, tetapi kebanyakan pesakit tidak menyedarinya.

Secara lebih jelas, hipotiroidisme merujuk kepada satu daripada masalah
gangguan hormon. Ia terjadi apabila kelenjar tiroid gagal menghasilkan
hormon tiroid yang cukup untuk memenuhi keperluan tubuh.

Kelenjar tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk rama-rama yang secara
normal terletak pada bahagian hadapan bawah leher dan berfungsi menghasilkan
hormon tiroid. Hormon tiroid yang utama ialah T4 yang mengandungi molekul
iodin.

Hormon tiroid penting dalam membantu setiap sel tisu dan organ berfungsi
dengan baik.Justeru, ia membantu tubuh bertenaga, memastikan tubuh sentiasa
panas selain otak,jantung, otot dan organ lain berfungsi dengan baik.

Dari segi angka, seorang daripada enam wanita dan seorang daripada 12 lelaki
akan mengalami masalah hipotiroidisme pelbagai peringkat dalam jangka hayat
mereka. Selain itu, antara 10 hingga 20 peratus wanita berusia 40 tahun ke
atas akan mengalami kekacauan tiroid.

Pakar Perunding Endokrinologi Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussien,
berkata kekacauan tiroid secara umum terjadi di kalangan tujuh hingga lapan
peratus wanita manakala dua peratus lelaki. Malah, bagi kes hipotiroidisme
kongenital (sejak lahir) ia membabitkan janin yang masih dalam rahim.

"Masalah yang paling utama, ia gagal dikesan kerana gejalanya yang tidak
begitu ketara dan sangat umum. Selalunya pada peringkat awal, pesakit akan
mengadu rasa letih dan mengantuk selain sakit serta sengal dengan daya
ingatan atau tumpuan yang lemah.

Justeru, pesakit dan doktor yang merawat akan mengaitkan simptom itu sebagai
kesan tekanan atau sebahagian proses penuaan," katanya.

Katanya, hipotiroidisme tidak terhad pada usia tertentu kerana ia boleh
berlaku pada janin, malah pada warga emas berusia 80 tahun ke atas.

Beliau berkata, bagi kes hipotiroidisme kongenital, janin selalunya
berhadapan dengan masalah tiroid tidak terbentuk atau tidak terbentuk dengan
sepenuhnya secara normal. Ada juga kes membabitkan sebahagian atau
keseluruhan tiroid berada di tempat yang salah.

"Bayi yang berhadapan dengan hipotiroidisme kongenital memerlukan
penggantian hormon tiroid sejurus selepas lahir bagi mencegah kecacatan
mental yang serius," katanya.

*Faktor*

*>>* Penyakit Hashimoto - merujuk pada sistem imun mengganggu fungsi
kelenjar tiroid
*>>* Pembedahan tiroid - pembedahan untuk hipertiroidisme, barah tiroid atau
beguk.
*>>* Hipotiroidisme konjenital - ada sesetengah bayi yang lahir tanpa tiroid
atau hanya sebahagian saja tiroid. Ada juga bayi yang lahir dengan
sebahagian atau kesemua tiroidnya berada di tempat yang salah (dikenali
sebagai ectopic thyroid). Justeru, sel tiroid atau enzim tidak berfungsi
dengan baik menyebabkan mereka mengalami hipotiroidisme sejak lahir. Ada
sesetengah kes, tiroid boleh menghasilkan cukup hormon untuk seketika tetapi
apabila dia dewasa, jumlah itu tidak mencukupi.
*>>* Rawatan untuk hipertiroidisme - hipertiroidisme merujuk pada
penghasilan hormon tiroid yang berlebihan. Ia dirawat dengan ubat-ubatan
anti tiroid, iodin radioaktif atau pembedahan.
*>>* Kesan daripada rawatan begini mungkin hipotiroidisme

Kekurangan iodin - Kelenjar tiroid mesti memiliki jumlah iodin yang cukup
bagi menghasilkan hormon tiroid. Iodin diperoleh menerusi makanan.
Memastikan penghasilan hormon tiroid seimbang memerlukan jumlah iodin yang
betul. Bagaimanapun, jumlah iodin yang terlalu banyak boleh menyebabkan atau
memburukkan lagi hipotiroidisme.
Diagnosis

*DIAGNOSIS* hipotiroidisme selalunya mudah. Ujian darah diperlukan bagi
mengukur hormon (dikenali sebagai ujian TSH). TSH yang normal berada dalam
kadar 0.4 hingga 2.5 mU/l.

Bagaimanapun, jika ia melebihi 2.5 mU/l, ada kemungkinan anda berhadapan
dengan hipotiroidisme pada masa depan.

Jika tahap TSH melebihi 4 mU/l, ada kemungkinan anda menderitai
hipotiroidisme. Justeru, ada pelbagai lagi ujian perlu dibuat bagi
mengesahkan diagnosis dan menentukan punca ia terjadi.

*Rawatan*

MASALAH kekacauan tiroid adalah masalah sepanjang hayat. Justeru, rawatan
hipotiroidisme bermaksud terapi penggantian hormon tiroid. Rawatan ini
menggantikan apa yang tubuh tidak boleh hasilkan secara semula jadi.

Bergantung pada berat badan, keperluan metabolik dan fungsi asas tiroid, dos
akan diberikan. Justeru, jika anda bertukar jenama ubat, satu ujian lain
perlu dibuat kerana setiap ubat tidak sama. Di pasaran terdapat beberapa
jenama terapi penggantian tiroid. Antara yang terbaru dilancarkan ialah
Euthyrox daripada Merck.

Dr Arlene berkata, walaupun semua jenama penggantian hormon bertindak dengan
cara yang sama tetapi pengambilan dos penggantian hormon tiroid mestilah
tepat dan ia berbeza-beza mengikut jenama.

Penggunaan dos lebih rendah di kalangan pesakit yang lanjut usia contohnya
sangat penting kerana risiko kardiovaskular bertambah tinggi dengan
peningkatan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

"Pada masa sama, dos lebih tinggi perlu diberikan kepada wanita hamil yang
menghidap hipotiroidisme pada tempoh kehamilan mereka. Dos yang tepat sangat
penting kerana ia membolehkan doktor memulakan, menguruskan dan memantau
rawatan pesakit," katanya.

Beliau berkata, dos yang fleksibel memudahkan pesakit mengambil tahap jumlah
betul yang diperlukan kerana jumlah ini berbeza antara pesakit.

"Kanak-kanak memerlukan dos yang lebih tinggi apabila mereka meningkat
dewasa manakala wanita hamil juga memerlukan dos yang lebih tinggi untuk
memenuhi keperluan bayi dalam kandungan," katanya.

*Apa yang anda perlu tahu mengenai hipotiroidisme*

Wanita hamil berisiko tinggi berhadapan dengan hipotiroidisme. Hormon
estrogen dan hormon wanita yang lain akan menjejaskan cara tubuh
mengendalikan hormon tiroid dalam sistem tubuh. Wanita yang hamil buat
pertama kalinya berhadapan dengan risiko hipotiroidisme pada bulan pertama
selepas bersalin kerana sistem imun yang tidak bertoleransi. Imbasan untuk
hipotiroidisme pada awal kehamilan boleh mencegah masalah ini bukan saja
kepada ibu tetapi kepada janin.

*FAKTA: Simpton tiroid*

# Kadar denyutan nadi yang lemah (60 kali dalam seminit)
# Kelenjar tiroid yang membesar
# Kulit yang pucat, kekuningan, kering
# Kuku yang rapuh
# Rambut yang kering dan mudah gugur
# Suara berubah menjadi parau dan serak
# Pertuturan yang lambat
# Sejuk apabila orang lain berasa panas
# Letih
# Kemurungan
# Berat badan bertambah
# Sembelit
# Lidah tebal
# Kejang otot
# Jari jemari yang kebas
# Tidak subur, jika hamil kandungan mudah gugur dan aliran haid bertambah
*Klik disini untuk maklumat lanjut :*
*http://www.biovco.com*<http://www.biovco.com/>
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

*Testimoni : Penyakit Tiroid*

Assalammualaikum..

Disini saya hendak berkongsi dengan anda semua tentang penyakit saya iaitu
penyakit tiroid yang anda tahu dimana mempunyai ketumbuhan atau bengkak
dileher. Saya sepatutnya perlu dibedah di hospital Kuala Lumpur tetapi saya
meminta doktor supaya pembedahan saya ditunda kerana perasaan takut.

Saya ternampak iklan didalam internet tentang penyakit tiroid. Maka saya
fikir hendak mencubanya. Saya telah membeli 4 botol produk BioVCO dan saya
hanya minum 2 botol saja dari 4 botol yang saya beli.

Hasilnya dalam beberapa bulan bengkak saya iaitu tiroid menjadi lembik dan
dalam beberapa hari tiroid tersebut telah pecah. Saya berasa syukur sangat
kepada ALLAH kerana penyakit tiroid saya telah sembuh. Oleh itu saya tidak
lagi perlu melakukan pembedahan.

Alhamdullilah penyakit tiroid saya kini sudah tiada.

*Norazida Bt Ibrahim*
Damansara Damai
P. Jaya Selangor

Tel: 012-324****

*Klik disini untuk lain-lain Testimoni :
*http://www.biovco.com/testimoni.html
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Assalamualaikum ....

Terima kasih atas tindak balas anda dan saya menghargainya. Saya suka untuk
memesan produk ini secara online kerana ia sangat mudah dan menjimatkan
masa. Tambahan pula, produk ini agak susah untuk diperolehi di kawasan
kediaman saya sekeluarga.

Saya tertarik untuk mencuba produk ini setelah membaca artikel-artikel dan
juga testimoni-testimoni yang ada pada www.biovco.com. Puncanya melalui
email groups. Apa yang menarik tentang artikel dan testimoni tersebut adalah
berkenaan penyakit thyroid yang sering melanda kaum hawa pada masa kini.
Emak mertua saya mengalami penyakit ini dan sering mengadu sakit pada
bahagian leher dan juga dada tapi takut untuk ke hospital.

Jadi, saya mengesyorkan padanya supaya mencuba produk BioVCO ini. Pada
percubaannya yang pertama, 2 sudu setiap pagi sebelum sarapan menunjukkan
tanda-tanda berkurangan. Alhamdullilah, bengkak ketulan pada leher nampak
susut dan sakit-sakit pada bahagian tersebut juga turut hilang. Sakit pada
bahagian lutut juga turut hilang malah beliau lebih bertenaga untuk bangun
pada waktu subuh setiap hari. Sehingga sekarang beliau masih menggunakan
BioVCO ini dan turut mengesyorkan pada rakan beliau supaya mencuba BioVCO
ini.

Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah pun membuat pembelian secara online
ini sebanyak 5 kali kerana percaya kepada keberkesanan produk BioVCO ini.

Sekian terima kasih.

*Safarina Bt Mohd Salleh*
Bukit Damansara
Kuala Lumpur

Tel :  013-390****

*Klik disini untuk lain-lain Testimoni :
*http://www.biovco.com/testimoni.html

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
** Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti
atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli
perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis
penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni di atas sembuh dengan
izin Allah S.W.T. Ia belum diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak. Kesan
yang dialami mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang
lain.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

*DAPATKAN SEKARANG :*
*http://www.biovco.com/beli.php*<http://www.biovco.com/beli.php>
*DISKAUN HEBAT Jika membeli secara online & keahlian PERCUMA! *

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
*Maynetwork (M) Sdn Bhd* (752224-K)
130-2 Taipan Senawang
Jln Tmn Komersial Senawang 1
70450 Seremban N. Sembilan

Tel : 06-6780544 / H/P : 013-3014262
Fax : 06-6792043

Email : [EMAIL PROTECTED]
Web : http://www.biovco.com
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Rawatan Tanpa Ubat, sihat melalui makanan

Kirim email ke