Kegemukan
Adakah anda mengalami masalah kegemukan ? Tidak mustahil di
zaman serba canggih ini ramai dari kalangan kita tidak lagi
mementingkan penjagaan tubuh badan kerana terlalu banyak makanan segera
dan tidak sihat terdapat dipasaran masa kini.
Lebih-lebih lagi banyak kedai makanan segera dan restoran mamak yang
telah dibuka 24 jam.Bak kata orang bila teringin
makan sahaja semua ada di depan mata.
Sebenarnya mungkin tidak ramai dari kita yang tahu, bahawa pengambilan
makanan yang mengandungi banyak kalori daripada
yang diperlukan oleh badan kita antara penyebab utama kegemukan.Ini
kerana tenaga dan kalori yang berlebihan disimpan
didalam tubuh badan kita dalam bentuk lemak, manakala jika kalori yang
diperolehi daripada makanan adalah kurang dari
yang diperlukan oleh tubuh maka lemak tadi akan digunakan semula sebagai
tenaga.Adakah anda juga suka makan berlebihan?
Siapa yang tidak ingin kelihatan cantik, apabila terpandang orang
berbadan ramping secara tidak lansung terdetik dihati yang kita
juga ingin tubuh seperti itu.Kurus ini bukan sahaja untuk
kelihatan cantik tapi juga untuk menjaga kesihatan kita kerana
kegemukan
ini adalah penyebab utama kematian.Penyakit kencing manis,
sakit jantung, darah tinggi, penyakit pundi hempedu, penyakit hati,
reumatik dan penyakit buah pinggang antara penyakit yang
sering dikaitkan dengan kegemukan.
Bagaimanapun tidak semua masalah kegemukan ini berpunca dari
pemakanan berlebihan, terdapat juga faktor lain yang menyebabkan
masalah ini seperti fisiologi, keturunan, sosioekonomi, trauma
dan psikologi dan faktor-faktor ini saling berkait antara satu sama
lain.
Walau apa pun puncanya yang penting jagalah kesihatan anda dan
cubalah sayangkan tubuh anda walupun mungkin ada yang kan
berkata" duit aku, jadi suka hati akulah nak makan apa" atau
"biarlah gemuk bukan ada orang peduli".Orang yang berjaya adalah orang
yang selalunya orang yang tidak mencari alasan.
Bukan semua yang berfikiran negatif yang tidak mementingkan
kesihatan tubuh badan, malah sebahagian dari anda sebenarnya memang
ada yang sudah berjaya atau sedang menguruskan badan .Tapi
kurus yang bagaimana?Kurus semata-mata untuk kelihatan cantik atau
kurus untuk menjaga kesihatannya.Untuk pengetahuan anda, banyak
produk-produk dan pusat-pusat untuk menguruskan badan di Malaysia
tetapi adakah berbaloi anda menghabiskan beribu wang hanya
untuk menurunkan berat dengan cepat, dan kesannya tidaklah kekal.Setelah
habis rawatan atau ubat maka badan pun mulalah naik kembali.
Jangan tersalah membeli produk yang mengandungi bahan kimia yang
banyak dan periksa dulu samada diiktiraf oleh Jabatan Kesihatan
Malaysia atau membeli jamu-jamu yang kita sendiri tidak tahu apa
isi kandungannya.Pernah anda mendengar orang yang menerima kesan
buruk setelah memakan ubat pelansingan yang salah? Contohnya
pelakon terkenal dari Singapura kritikal setelah hatinya rosak akibat
dari
memakan ubat pelansingan.Jadi kita jangan jadi salah seorang yang
tertipu dengan produk-produk pelansingan ini.Banyak cara yang
betul untuk menjaga tubuh badan kita salah satunya ikutlah cara
pemakanan yang ideal, dan yang paling penting tenangkan diri anda dari
sebarang masalah dengan melakukan terapi kita juga boleh
mendapatkan ketenangan fikiran oleh itu secara automatiknya minda kita
dapat
mengawal segala unsur-unsur negatif yang ada dalam diri.Bukan
sahaja masalah kegemukan dapat dielakkan malah penyakit lain juga dapat
dikawal.
"Ketenangan jiwa itu adalah penawar segala
penyakit
..Carilah ketenangan itu nescaya Allah akan membantu
hamba-Nya
yangberusaha."
--------------------------------------------------------
http://www.mahsuri.com.my/analisis
<http://www.mahsuri.com.my/analisis>