Pembekal palsu sijil Jakim <http://maynetwork.net/forum/viewtopic.php?t=21> Oleh Ahmad Nazri Mohamad
KUALA LUMPUR: Syarikat pembekal ayam selasih yang disembelih menyalahi hukum syarak sebelum dibekalkan kepada pasar raya besar di sini, didapati memalsukan sijil dan logo halal itik yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Malah, syarikat pembekal itik yang turut beroperasi sebagai rumah sembelih di Taiping, Perak itu dipercayai mendapatkan bekalan ayam selasih daripada sebuah syarikat lain di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebelum menggunakan nama syarikatnya sebagai pengedar. Pengarah Hab Halal Jakim, Zainal Abidin Jaafar, berkata kegiatan syarikat pembekal itik itu dikesan dalam pemeriksaan mengejut Jakim di premis syarikat berkenaan di Taiping pada Khamis lalu. Katanya, pemeriksaan itu dibuat sehari selepas seorang pelanggan sebuah pasar raya besar membuat laporan mengenai keraguan penyembelihan dua daripada tiga ayam selasih atau ayam hitam, yang dibelinya. >> *baca artikel penuh - KLIK DISINI <http://maynetwork.net/forum/viewtopic.php?t=21>*.
