Apa itu CCRIS? CCRIS atau Central Credit Reference
Information<http://www.maynetwork.net/forum/viewtopic.php?t=26>

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat ialah satu sistem pangkalan data
berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat
kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank
Negara Malaysia. Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman
dari mana-mana bank, maklumat pinjaman tersebut akan dikutip oleh Biro
Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS ini. Di dalam laporan CCRIS
terdapat 3 bahagian utama iaitu Laporan Ringkas Kredit, Laporan Kredit
Terperinci dan Laporan Kredit Tambahan.

Laporan Ringkas Kredit terdapat 3 pecahan iaitu yang pertama menyatakan
permohonan kredit yang dipohon sama ada yang telah diluluskan dalam tempoh
12 bulan sebelumnya dan yang masih dalam pertimbangan pihak bank. Pecahan
kedua pula menyatakan liabiliti semasa yang ditanggung yang meliputi jumlah
baki pinjaman dan jumlah had yang diberikan tidak kira sebagai peminjam dan
penjamin. Pecahan terakhir pula menyatakan sekiranya ada tindakan
undang-undang yang dikenakan. Jadi sekiranya anda disenarai hitam, dengan
hanya melihat pada bahagian pertama laporan CCRIS sahaja pihak bank sudah
boleh tahu status diri anda.

*Baca artikel sepenuhnya - KLIK
DISINI<http://www.maynetwork.net/forum/viewtopic.php?t=26>
*

Kirim email ke