SUKA MENDENGAR CAKAP ORANG

http://www.mydesquera.com <http://www.mydesquera.com>


Mendengar cakap orang boleh dikatakan sebagai punca utama kerana
diibaratkan menukar diri menjadi lalang, ditiup ke sana ke mari mengikut
arah angin.Dimana hak kita jika membiarkan orang lain mengurus diri
kita. Jika mendengar cakap orang memang kita seolah-olah tidak berhak
terhadap diri sendiri.

Terlalu banyak perkara yang sama berlaku di depan kita setiap hari. Ada
orang yang sudah menjejakkan sebelah kakinya dijalan kejayaan, minggu
depan anda melihatnya ke dalam kegagalan – hanya kerana mendengar
cakap orang. Satu ayat sahaja sudah boleh memindahkan orang yang berjaya
ke dalam kegagalan.

http://www.mydesquera.com <http://www.mydesquera.com>

Mengapa agaknya begitu? Kerana tidak ada 2 manusia yang serupa. Setiap
orang mempunyai sudut pandangan yang berbeza. Jadi, apa yang dikatakan
oleh orang adalah mengikut pandangan atau perspektif mereka sendiri,
bukan dari sudut pandangan anda. Sahlah, jika kita mendengar atau
mengakui cakap orang bermakna membiarkan orang lain menguruskan hidup
kita.

Jika anda mahu mengelakkan diri dari kegagalan, elakkan sama sekali
mendengar cakap orang. Tidak ada sesiapa yang menanggung akibat daripada
kegagalan diri anda melainkan diri anda sendiri. Masa depan anda masih
terlalu jauh. Oleh itu jangan rosakkannya dengan mendengar cakap orang.
Tuhan menganugerahkan anda telinga untuk  mendengar dan otak untuk
berfikir. Anda boleh mendengar apa yang dicakapkan tetapi pertimbangkan
semula apa yang diperkatakan dengan akal fikiran supaya anda boleh
membuat keputusan dengan otak sendiri, bukan otak orang lain.

http://www.mydesquera.com <http://www.mydesquera.com>


Kirim email ke