*Memilih diet sihat <http://www.biovco.com/?ref=mdjj>*

GOLONGAN dewasa bijak menilai makanan berkhasiat, tetapi tidak bagi
kanak-kanak. Pada usia yang masih mentah, mereka belum mampu menentukan
jenis pemakanan yang baik.

Justeru, ibu bapa seharusnya bertanggungjawab menyediakan sajian makanan
yang memberi nutrisi baik kepada anak-anak. Ini penting bagi membantu
anak-anak membesar dengan badan yang sihat, cergas dan aktif.

Menurut pakar pediatrik, Dr. Paul Roumeliotis, nutrisi yang teratur boleh
membentuk tumbesaran normal kanak-kanak lebih sempurna, khususnya beberapa
bulan sebelum kanak-kanak melangkah ke alam remaja.

"Pemilihan makanan berkhasiat perlu diamalkan sejak usia muda. Ia bertujuan
melahirkan tabiat pemakanan yang betul.
"Masih belum terlambat mendidik anak-anak agar mengelakkan makanan berlemak,
sebaliknya mengambil makanan berserat, kalsium, iron (besi) dan mineral
dalam diet seharian," jelasnya mengenai kepentingan diet seimbang untuk
jangka masa panjang.

Beliau turut menyarankan ibu bapa supaya menitikberatkan pengambilan kalori
dan diet seimbang dalam sajian harian anak-anak.

Kalori diperlukan untuk mengelakkan rasa lapar manakala jumlah pengambilan
kalori bergantung pada saiz, tahap aktif dan kadar pembesaran kanak-kanak.

Selain itu, pastikan juga pemakanan anak-anak mengandungi vitamin dan
mineral, terutamanya bayi yang masih menyusu badan. Ini kerana mereka
memerlukan vitamin D tambahan seminggu selepas dilahirkan.

Namun begitu bayi (menyusu badan) tidak memerlukan vitamin tambahan itu,
sekiranya si ibu mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Tetapi, perlu
diingatkan bahawa sebarang vitamin dan makanan tambahan kepada anak-anak
perlu mendapat pengesahan doktor.

*Pengambilan sayuran dan buah-buahan*

Selain makanan berserat dan karbohidrat (nasi, biskut atau roti),
kanak-kanak juga perlu menikmati sayur-sayuran dan buah-buahan.
Hakikatnya pada hari ini, kanak-kanak lebih menggemari makanan ringan dan
segera berbanding sayuran. Oleh itu, untuk menarik minat terhadap sajian
sayuran, hidangkan ia mengikut selera anak-anak seperti goreng atau rebus.

*RAHSIA SIHAT TANPA UBAT, Rawatan melalui kaedah pemakanan - KLIK
DISINI<http://www.biovco.com/?ref=mdjj>
*

Kirim email ke