*Senergi permakanan menyihatkan <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

*Rawatan & Sihat Tanpa Ubat - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*


KEMAKMURAN ekonomi telah membawa kepada perubahan gaya hidup di kalangan
masyarakat kita. Dulu kita mungkin biasa mendengar ungkapan 'mati kerana
tidak makan' tapi sekarang ini nadanya bertukar 'mati kerana terlebih
makan'.

Terlalu mudah untuk mendapatkan makanan, membuat ramai daripada kita terleka
dan kurang mengambil tahu tentang apa yang dimakan sehingga menjadi punca
pelbagai penyakit.

Gejala kegemukan atau obesiti menjadi lumrah dalam masyarakat hari ini yang
lazimnya mengundang penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis,
kardiovaskular dan sebagainya.

Justeru, adalah penting untuk kita mengetahui jenis-jenis bahan yang
digunakan untuk membuat, menyedia dan memasak makanan yang dimakan seharian.

Pilihan makanan yang betul akan memberi tahap fizikal dan mental yang
seimbang dan sempurna, sekali gus menjauhkan diri daripada
penyakit.<http://www.biovco.com/?ref=yg>

Selain konsep piramid makanan, pelbagai kaedah dan konsep diperkenalkan bagi
memberi bimbingan dan panduan dalam pemilihan makanan yang betul.

Terbaru konsep Superfood, di mana penyediaan makanan mengambil kira
elemen-elemen yang mampu meningkat tahap kesihatan seperti kaya dengan
anti-oksida dan phytonutrien.

Konsep Superfood telah diperkenallan oleh Steven Pratt, yang juga pengasas
Superfoods Partner LLC dan juga penulis buku popular SuperfoodRx: The 14
Superfoods That Will Change Your Life .

Begitupun, konsep tersebut bukan satu kaedah diet seperti diet tanpa
karbohidrat yang diperkenalkan oleh Dr. Robert Atkins melalui bukunya
Dr.Atkins Diet Revolution, yang begitu popular di kalangan bintang-bintang
Hollywood.

Sebaliknya, ia lebih tertumpu kepada label makanan dengan logo Superfood
untuk menunjukkan sesuatu makanan yang disediakan itu mengandungi sayuran,
bijirin dan protein yang dapat memperbaiki kesihatan dan menambah jangka
hayat.

Logo berkenaan juga mengiktiraf menu tersebut sebagai diperakui oleh doktor
dan pakar pemakanan yang bernaung di bawah jenama SuperfoodRx.

Falsafah di sebalik konsep ini ialah membentuk sinergi makanan, kerana
kajian secara saintifik telah menunjukkan sesetengah makanan bertindak balas
antara satu dan lain.

Sinergi pemakanan telah menunjukkan, apabila bahan makanan tertentu
digabung, ia akan menghasilkan makanan yang lebih berkhasiat berbanding jika
ia dimakan sendirian.

Misalnya, avokado akan menambahkan penyerapan antioksida sayuran lain
seperti sawi dan tomato, manakala menabur rempah ratus seperti serbuk lada
hitam ke atas makanan dapat menambah kadar penyerapan nutrien daripada
kekacang, beri, teh hijau dan brokoli.

Selain itu, untuk mengawal kadar gula di dalam darah campurkan serbuk kayu
manis dan oat. Makan segenggam kekacang seperti walnut, gajus dan pistacio
bersama makanan seharian dapat membantu membakar lemak.

Lain-lain makanan yang disenarai sebagai Superfood ialah madu lebah yang
dirujuk sebagai pembekal tenaga untuk bakteria di dalam dadih, manakala beri
biru, ikan salmon, avokado dan bayam adalah makanan otak kerana mereka
membekalkan kepelbagaian kombinasi nutrien untuk mengoptimumkan kadar
sinergi otak kita. <http://www.biovco.com/?ref=yg>

Sementara itu, Westin Hotels & Resorts Langkawi menjadi hotel pertama
memperkenalkan konsep ini di Asia Tenggara selain 25 lagi hotel-hotel Westin
di seluruh dunia.

Langkah hotel bertaraf lima bintang berkenaan adalah sinonim dengan trend
amalan hidup sihat masa kini terutama di kalangan para pelancong dari luar
negara.

Menurut Pengarah Bahagian Makanan dan Minuman Westin Langkawi, Adam Haywood,
menu Superfood kini boleh didapati untuk pesanan makanan ke bilik dan akan
diperkenalkan di semua rangkaian restoran di hotel tersebut seperti Restoran
Taste, Restoran Tide, Kafe Breeze dan Bistro Splash.

Kebanyakan makanan berasa sedap dan mempunyai cita rasa tersendiri seperti
ikan salmon yang diperap dengan teh hijau, piza hirisan tomato dan yang
paling sedap granola oat yang dicampur dengan dadih dan strawberi.

Jadi dengan pengenalan kepada konsep Superfoods, anda bukan sahaja boleh
makan makanan yang lazat dan enak seperti coklat dan salmon, tapi turut
memperbaiki tahap kesihatan dan menambah anti-oksida di dalam badan.
*Rawatan & Sihat Tanpa Ubat - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Kirim email ke