*Kurangkan Hipertensi <http://www.biovco.com/forum/viewtopic.php?p=123>*
HIPERTENSI atau tekanan darah tinggi adalah masalah sejagat. Pada 2000, seramai 972 juta penduduk dewasa dunia, iaitu 26.4 peratus didiagnos dengan hipertensi. Daripada jumlah itu, 333 juta adalah penduduk dari negara membangun manakala bakinya 639 juta dari negara maju. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hipertensi adalah satu daripada faktor utama kematian pra matang di seluruh dunia. Berdasarkan data pada 2000, 1.56 bilion penduduk dunia yang berusia 20 tahun ke atas akan diserang hipertensi menjelang 2025 manakala tiga perempat daripada jumlah itu datang daripada penduduk negara membangun. Di Malaysia, hipertensi juga bukan penyakit yang jarang didengar. Malah, jumlah kematian disebabkan hipertensi di Malaysia adalah sama taranya dengan jumlah kematian berpunca daripada kemalangan jalan raya. *Baca ARTIKEL penuh - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/forum/viewtopic.php?p=123> *
