*Sekatan lemak trans <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

*Sekatan lemak trans*

Lemak trans atau lemak yang diubah secara kimia menerusi proses yang
dikenali sebagai penghidrogenan, digunakan secara meluas dalam produk
makanan di Asia termasuk Malaysia.

PENGEKSPORT makanan Malaysia wajar mengambil perhatian terhadap tindakan New
York yang mula bertindak keras terhadap pengimport, pengedar dan restoran
yang menawarkan produk makanan yang mengandungi lemak trans.

Tanda-tanda itu jelas dilihat pada Pameran Makanan Istimewa New York
(NYFFS), Amerika Syarikat yang berakhir baru-baru ini. Pameran itu turut
disertai sembilan peserta Malaysia.

Berkuat kuasa Julai lalu iaitu sempena hari terakhir NYFFS, Jabatan
Kesihatan New York mengenakan syarat ketat ke atas kandungan lemak trans
dalam makanan yang diimport atau yang dihidangkan di restoran di bandar raya
itu.

Lemak trans atau lemak yang diubah secara kimia menerusi proses yang
dikenali sebagai penghidrogenan, digunakan secara meluas dalam produk
makanan di Asia, termasuk Malaysia. Ia semakin mendapat perhatian pihak
berkuasa Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat.

New York telah memulakan langkah tegas dalam mengehadkan lemak trans kerana
dipercayai berbahaya kepada kesihatan dan menyebabkan penyakit
kardiovaskular, dalam produk makanan.

Lemak ini pada asasnya ialah lemak sayur poli tak tepu yang telah diubah
secara kimia melalui proses yang dikenali sebagai penghidrogenan.

Ini adalah proses bahan kimia kasar yang menukarkan minyak sayur menjadi
lemak pepejal atau separa pepejal (lemak yang lebih keras) pada suhu bilik,
yang membolehkan minyak itu tetap segar bagi tempoh masa yang dilanjutkan.

Produk makanan yang dibeli oleh wartawan tempatan dari beberapa kedai roti
dan restoran di Little Italy baru-baru ini menunjukkan premis-premis
berkenaan menggunakan lemak trans melebihi had yang ditetapkan oleh jabatan
kesihatan yang baru dikuatkuasakan itu.

Pengimport makanan di Chinatown New York, bersebelahan Little Italy kini
memantau rapi perkembangan di Little Italy.

Kebanyakan pengimport Chinatown memperoleh produk makanan dari beberapa
negara Asia, termasuk Malaysia.

Paras lemak trans yang tinggi ditemui dalam beberapa produk seperti kek
cawan coklat di kedai roti tradisional di Little Italy.

Kek keju strawberi, makanan kegemaran kebanyakan penduduk New York yang
dijual di beberapa restoran di negara itu, turut mengandungi paras lemak
trans yang tinggi.

Namun ramai pengusaha restoran seperti Robert Zerilli, pemilik restoran
popular di East Village, memberitahu pemberita, beliau tidak menyedari
kandungan lemak trans kerana membelinya daripada pengedar. Katanya, beliau
hanya menyediakan makanan dan menghidangkannya.

Menurut peraturan kesihatan bandar raya New York, makanan yang dihidangkan
mestilah tidak mengandungi lebih daripada 0.5 gram lemak trans, bahan tidak
sihat yang boleh menyekat saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung,
jenis penyakit yang semakin meningkat di negara itu dan memerlukan kos
rawatan yang tinggi.

New York mengharamkan penggunaan lemak trans dalam makanan bergoreng pada
tahun lalu dan mulai Julai lalu, larangan itu diperluaskan meliputi produk
dibakar.

Pesuruhjaya Kesihatan, Thomas Frieden berkata, agensi itu kini memberi
tumpuan terhadap kandungan lemak trans tiruan. Beliau memberi amaran bahawa
tanpa penggunaan lemak trans dalam penyediaan makanan, ia tidak
menjadikannya 'makanan sihat'.

Produk makanan yang dijual di Amerika Syarikat disyaratkan mematuhi
undang-undang dengan melabelkan jumlah sebenar bahan kandungan, termasuk
lemak trans dan lemak tepu yang digunakan dalam penyediaan makanan.

Pelabelan bertujuan memberi panduan kepada pengguna bagi membolehkan mereka
mengelak atau mengehadkan produk makanan yang mengandungi paras lemak trans
yang tinggi, walaupun ramai pengguna di Amerika tidak mengetahui pentingnya
label itu.

Berdasarkan keadaan itu, pengekport makanan siap dari Malaysia perlu
memantau kesedaran pengguna yang semakin meningkat terhadap pengambilan
makanan yang mementingkan kesihatan serta pengamal vegetarian.
Antara peserta pameran yang mendapat sambutan di NYFFS ialah Taiwan, Korea
Selatan, Jepun dan Malaysia yang menjual 'daging vegetarian,' produk
berasaskan serat soya berperisa ayam, bibi-biri dan daging. Ini supaya
pengguna tidak terasa kehilangan makanan berdaging dan dalam masa yang sama,
mengamalkan diet sihat. - Bernama

*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*
**

Kirim email ke