Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai anggota parlimen
esok<http://www.biovco.com/?ref=mdjj>
*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=mdjj>*

27/08/2008 11:13am

KUALA LUMPUR 27 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri
Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen esok, kata
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin mengumumkan perkara itu sebelum memulakan sesi soal jawab
lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

"Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dah pun keluar dan keputusannya
berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi beliau akan mengangkat sumpah
esok," katanya.

Beliau berkata segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan
dimaklumkan kepada dewan kemudian.

PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang
dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN)
Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan
Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan
selepas mendapat hanya 92 undi.

Sebanyak 447 undi rosak. — Bernama

*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=mdjj>*

Kirim email ke