*Menjaga penghadaman semasa berpuasa <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

*Baca lain-lain info Kesihatan - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>
*

MENYAMBUT ketibaan bulan puasa, mungkin tidak keterlaluan jika dianggap
sebagai sebahagian daripada perayaan, terutamanya apabila dikaitkan dengan
makanan.

Pelbagai jenis makanan dan kuih-muih boleh ditemui. Selain itu, kaum lain
juga lebih berpeluang untuk mengenali hidangan tradisi masyarakat Melayu
yang sukar ditemui melainkan bulan puasa.

'Pesta makanan' ini bukan sahaja boleh dilihat di pasar-pasar malam atau
bazar Ramadan yang seakan cendawan tumbuh selepas hujan, tetapi juga di
hotel-hotel mewah yang menawarkan bufet Ramadan yang tidak terkira banyaknya
dan tentunya menyelerakan.

Dalam keseronokan kita memenuhi selera, ramai di kalangan kita yang
mengalami masalah gangguan sistem pencernaan
<http://www.biovco.com/?ref=yg>disebabkan oleh cara pemakanan yang
tidak sihat.

Makan secara berlebihan amat lazim berlaku semasa berbuka puasa. Setelah
sehari suntuk berpuasa, sesetengah individu tidak dapat menahan rasa lapar
dan makan secara tidak terkawal.
Perbuatan ini bukan sahaja membebankan dan menjejaskan sistem
penghadaman<http://www.biovco.com/?ref=yg>,
malah mengakibatkan seseorang itu dibelenggu masalah sistem pencernaan,
seperti kembung perut, pedih ulu hati <http://www.biovco.com/?ref=yg>,
cirit-birit, sembelit <http://www.biovco.com/?ref=yg> dan sebagainya.

Bazar Ramadan atau gerai-gerai makanan di tepi-tepi jalan dengan makanan
yang tidak ditutup akan mendedahkan makanan kepada pencemaran, seterusnya
mendedahkan pelanggan kepada risiko keracunan makanan.

Terdapat juga di kalangan peniaga yang tidak menitikberatkan aspek
kebersihan dalam proses penyediaan makanan.

Pelanggan mungkin mengalami cirit-birit akibat termakan hidangan yang tidak
disediakan dengan cara yang bersih. Jenis makanan yang diambil juga
merupakan salah satu faktor penting bagi kesihatan sistem
pencernaan<http://www.biovco.com/?ref=yg>.


Makanan yang tinggi dengan karbohidrat ringkas dan lemak, tetapi rendah
dengan serat boleh mengakibatkan masalah sembelit.

Masalah sembelit biasanya merujuk kepada kesukaran membuang air
besar<http://www.biovco.com/?ref=yg>.
Kurangnya pengambilan air dan ditambah dengan kurangnya aktiviti fizikal
semasa berpuasa akan meningkatkan risiko sembelit.

Selain sembelit, tidak kurang juga yang mengalami masalah kembung perut.
Punca utama yang mengakibatkan perut berangin adalah disebabkan oleh
penghasilan gas yang berlebihan akibat daripada sistem pencernaan yang
kurang baik.

Makanan yang tidak sihat turut menjejaskan sistem
penghadaman<http://www.biovco.com/?ref=yg>dan menggalakkan pertumbuhan
bakteria berbahaya dalam usus dan seterusnya
menghasilkan angin yang berlebihan.

Di samping itu, cara makan yang gelojoh semasa berbuka puasa juga boleh
menyumbang kepada masalah ini dengan kemasukan angin yang berlebihan ke
dalam perut.
Usus menjadi habitat kepada berjuta-juta mikroorganisma (flora usus) dan
ratusan spesiesnya. Kebanyakan daripada bakteria ini terdiri daripada bakteria
bermanfaat <http://www.biovco.com/?ref=yg> dan berfungsi dalam proses
sintesis vitamin, perangsang sistem imun dan sistem pertahanan badan
terhadap virus dan bakteria berbahaya.

Keseimbangan bakteria berbahaya dengan bakteria bermanfaat perlu dikekalkan
bagi membolehkan sistem pencernaan <http://www.biovco.com/?ref=yg> berfungsi
secara normal.
Namun, keseimbangan ini boleh terganggu disebabkan oleh pemakanan yang tidak
sihat, pengambilan ubat-ubatan seperti antibiotik yang kerap,
penyakit<http://www.biovco.com/?ref=yg>dan juga peningkatan usia.

Untuk menggalakkan sistem usus yang sihat, probiotik iaitu bakteria hidup
yang bermanfaat boleh diamalkan di sepanjang tempoh berpuasa bagi menangani
masalah pencernaan dan kesihatan usus secara amnya.
Probiotik dari strain Lactobacillus acidophilus NCFM(R) dan Bifidobacterium
terbukti secara klinikal boleh mengembalikan keseimbangan bakteria usus
dengan menambahkan bakteria bermanfaat, sekaligus merangsang sistem
pencernaan yang lebih sihat dan mengurangkan masalah cirit-birit,
*sembelit<http://www.biovco.com/?ref=yg>
* dan kembung perut.

Dengan sistem usus dan pencernaan yang sihat, daya ketahanan badan akan
dipertingkatkan. Antara amalan pemakanan yang boleh diamalkan di sepanjang
Ramadan, termasuklah:

* Diet seharusnya lebih ringkas. Ambil makanan yang lambat dicerna seperti
bijirin penuh, oat, kekacang dan lentil semasa bersahur.

* Berbuka puasa dengan kurma dan jus buah-buahan untuk tenaga segera.

* Pilihlah makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran berdaun hijau
dan buah-buahan untuk mencegah sembelit dan memudahkan penyingkiran bahan
kumuh.

* Elakkan makanan goreng dan pedas untuk mengelak masalah pencernaan dan
iritasi perut.

*Baca lain-lain info Kesihatan - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>
*
 *KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Kirim email ke