Krisis politik Thai berpanjangan <http://www.biovco.com/?ref=yg> *Baca
lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

07/09/2008 5:17pm

BANGKOK, 7 Sept. – Kebuntuan politik Thailand dijangka berpanjangan
berikutan ikrar Perdana Menteri Samak Sundaravej untuk terus memegang
jawatan dan menggunakan ucapan mingguan menerusi siaran televis yen hari ini
bagi membidas pemimpin Perikatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) yang
antikerajaan.

Meskipun beliau berulangkali didesak supaya melepaskan jawatan oleh PAD dan
pihak lain yang cenderung untuk melihatnya disingkirkan, Perdana Menteri
berusia 73 tahun itu berkata, beliau akan terus berkuasa bagi melindungi
demokrasi serta pemerintahan beraja.

"Saya tidak tahu apakah niat mereka (PAD) tetapi saya akan terus memegang
jawatan Perdana Menteri," katanya menerusi saluran NBT.

Samak, yang pejabatnya ditawan oleh penyokong PAD pada 26 Ogos lalu dan pada
masa ini beroperasi dari ibu pejabat Angkatan Tentera, mengambil peluang
untuk mengecam pergerakan itu dan tuntutannya yang tidak munasabah.

Membandingkan PAD dengan pergerakan pendewaan di Jepun dan Amerika Syarikat,
Samak berkata, ia menyemai kebencian di kalangan penduduk Thai menerusi ASTV
yang dimiliki oleh hartawan media dan pemimpin utama PAD, Sondhi
Limthongkul.

Sondhi mula melancarkan PAD pada 2006 untuk mengelolakan tunjuk perasaan
jalanan secara besar-besaran terhadap Perdana Menteri ketika itu Thaksin
Shinawatra.

Thaksin kemudian disingkirkan dalam satu rampasan kuasa pada September 2006
tetapi penyokongnya berjaya memperoleh semula kuasa dalam pilihan raya pada
23 Disember 2007.

PAD sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan pada 25 Mei lalu, dengan mendakwa
Samak sebagai proksi Thaksin.

Dalam ucapannya itu, Samak, bagaimanapun tidak mengumumkan bilakah darurat
yang diisytihar awal minggu ini akan ditarik balik, sungguhpun beliau memba
yangkan dua hari lepas bahawa darurat itu gagal mem buahkan hasil dan akan
ditamatkan.

Samak juga berkata, beliau akan menghadiri sesi Per himpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York lewat bulan ini dan akan
mengambil peluang itu untuk menjelaskan kepada komuniti antarabangsa me
ngenai keadaan di sini.
"Bagaimanapun saya tidak bimbang akan berlaku rampasan kuasa apabila saya
tiada di sini," kata Samak, merujuk kepada penyingkiran Thaksin yang berlaku
hanya beberapa jam sebelum beliau dijadual berucap pada per himpunan agung
itu. — Bernama

*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Kirim email ke