*Beri nama untuk dapat hadiah MPV Proton <http://www.biovco.com/?ref=yg>*
*Lain-lain Info - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>* KREATIF. Proton Holdings Bhd. menawarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama mereka kepada pemenang utama yang berjaya mengabadikan nama pada model terbaru yang akan dipasarkan akhir Mac tahun depan itu. Dua pemenang tempat kedua pula masing-masing bakal menerima pakej lawatan dua orang ke Lotus UK bernilai RM15,000. Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, peserta boleh mengemukakan nama MPV itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau menerusi laman web www.proton.com. Peraduan ini bermula semalam hingga 30 September dengan pemenang diumumkan pada bulan depan. Beliau berkata, MPV mampu milik dengan ruang tempat duduk serta bagasi lebih besar itu turut akan dipasarkan ke Indonesia dan Thailand tahun depan. *Lain-lain Info - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*
