*Malaysiakini : Kes Anwar ditangguh kepada 24
Sept<http://www.google.com.my/search?sourceid=navclient&aq=t&ie=UTF-8&rlz=1T4ADBF_enMY251MY251&q=biovco+penyakit+resdung>
*

Sep 10, 08 9:39am

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta menangguhkan kes terhadap
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 24 September depan.

Ia diputuskan oleh Hakim SM Komathy yang mendengar sebutan kes itu pagi ini.


Sebelum itu, Anwar tiba di Mahkmah tersebut jam 9.30 untuk sebutan tuduhan
melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful
Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Anwar tiba dengan diiringi oleh peguamnya Sankara Nair; isterinya Datuk Seri
Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR serta dua orang anaknya - Nurul
Izzah dan Nurul Hanna.

Sebaik sahaja tiba, Anwar diserbu oleh para wartawan dan jurugambar yang
berada di situ untuk membuat liputan kesnya pagi ini.
Bagaimanapun, mantan timbalan perdana menteri itu tidak bercakap kepada
pemberita.

Kira-kira 100 penyokong penyokongnya turut hadir. Anwar masuk ke bangunan
mahkamah pada kira-kira jam 9.35 pagi.

Beliau dihadapkan di mahkamah yang sama pada 7 Ogos lalu atas tuduhan
tersebut dan Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon
peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada hari ini.

Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan tuduhan
tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara
Condominium, Bukit Damansara.
Jika disabitkan kesalahan  bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh
dikenakan hukuman penjara  sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pemimpin PKR telah memberi amaran akan berlakku protes jalanan sekiranya
ikatjamin terhadap Anwar dibatalkan.

Anwar, yang menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos
lalu, berkata beliau bakal menubuhkan kerajaan baru lewat bulan ini dengan
bantuan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang menurutnya akan
menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan kawalan di Kompleks Mahkamah
Jalan Duta. Sekurang-kurangnya lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU)
ditempat di situ.

Para wartawan pula diminta mendaftarkan di tiga tempatan sebelum dibenarkan
masuk ke dewan mahkamah untuk mengikuti kes Anwar itu.

*Lain-lain INFO - KLIK
DISINI<http://www.google.com.my/search?sourceid=navclient&aq=t&ie=UTF-8&rlz=1T4ADBF_enMY251MY251&q=biovco+penyakit+resdung>
*
**
**

Kirim email ke