*Guna air berlumut proses
tauhu<http://www.google.com.my/search?sourceid=navclient&aq=t&ie=UTF-8&rlz=1T4ADBF_enMY251MY251&q=biovco+penyakit+resdung>
*

*Baca lain-lain INFO - KLIK
DISINI<http://www.google.com.my/search?sourceid=navclient&aq=t&ie=UTF-8&rlz=1T4ADBF_enMY251MY251&q=biovco+penyakit+resdung>
*

KAJANG - *Terlalu menjijikkan*. Begitulah keadaan yang boleh digambarkan
apabila kilang tauhu kering yang beroperasi bersebelahan kandang anjing di
Cheras di sini, setelah diserbu oleh pihak berkuasa semalam.

Paling meloyakan ialah, ribuan lalat menghurungi tauhu-tauhu yang sedang
dalam proses pengeringan manakala alatan yang digunakan sudah berkarat dan
buruk yang dikatakan telah digunakan sejak 13 tahun lalu tanpa ditukar yang
baru.

Selain itu, proses membuat tauhu tersebut menggunakan air yang diperoleh
daripada sebuah kolam takungan yang sudah berlumut dengan air kotor berwarna
kehijauan.

Penggunaan air tersebut diakui sendiri oleh seorang pekerja kilang tersebut
yang memberitahu air daripada kolam yang terletak di bahagian belakang
kilang tersebut digunakan untuk memproses makanan tersebut.

Malah, kelibat anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan kilang juga
menjadikan produk makanan tersebut tidak sepatutnya dijual kepada orang
ramai di negara ini.

Namun, penemuan yang paling mengejutkan ialah pengusaha kilang tersebut
masih menggunakan logo halal yang sudah tamat tempoh sejak Januari 2003 dan
perkara itu disahkan oleh wakil dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tidak kurang 20 ekor anjing yang dikurung di sebelah kilang itu pula
difahamkan sedang menjalani proses jagaan dan rawatan sebelum dijual sebagai
haiwan peliharaan.

Pusat jagaan anjing itu yang dimiliki oleh pengusaha lain terletak hanya
kira-kira 15 meter dari kilang tersebut. Bersebelahan kilang tersebut ialah
kawasan pangsapuri dan Sungai Balak.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan
Awam, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman, pihaknya
sudah mengarahkan kilang itu ditutup serta-merta dan lesen ditarik balik.

"Pemilik perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kerana melanggar syarat lesen
perniagaan seperti gagal memastikan kebersihan," katanya kepada *Kosmo!*semalam.

Operasi yang turut disertai oleh Jabatan Kesihatan, Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ekoran laporan *
Kosmo!* semalam mengenai kewujudan sebuah kilang memproses tauhu kering yang
didakwa penduduk menjalankan operasi di kawasan kandang ternakan babi.

Jelas Kamarul lagi, MPKj turut mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada
pengusaha tauhu di bawah undang-undang Trit Perdagangan dan Industri.

Pemilik kandang anjing itu pula dikompaun RM25,000 dan diarah merobohkan
kandang itu serta-merta kerana tidak mendaftarkan perniagaan tersebut.

"Walaupun arahan roboh dikeluarkan serta-merta tetapi MPKj memberi tempoh
selama 30 hari untuk pemiliknya mengeluarkan barang-barang mereka,"
jelasnya.

Sementara itu, Ketua Seksyen Pemantauan SSM, Narainasami Alagu berkata,
kilang itu turut disaman kerana gagal mempamerkan papan tanda dan nombor
pendaftaran perniagaan.

Menurut Ketua Seksyen Pemantauan SSM, Narainasami Alagu, tindakan tersebut
diambil di bawah kaedah 17 A(2) yang membawa hukuman denda sebanyak RM10,000
atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
*Baca lain-lain INFO - KLIK
DISINI<http://www.google.com.my/search?sourceid=navclient&aq=t&ie=UTF-8&rlz=1T4ADBF_enMY251MY251&q=biovco+penyakit+resdung>
*
**
*Sihat & Rawatan Tanpa Ubat - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Kirim email ke