*Kesihatan, ketahanan jiwa antara nikmat ibadat
puasa<http://www.biovco.com/?ref=yg>
*

*Baca lain-lain INFO _ KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia
dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah
Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita
merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.

Menguatkan Jiwa

Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia
seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu
yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.

Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud
berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak
mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam
peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar
akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan
pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan
manusia pada kesesatan.

Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud
: "Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya." (Surah
al-Jaathiyah, ayat 23)

Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya
menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya
mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan
Allah.

Rasulullah bersabda, ertinya : "Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak
doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa
orang yang dizalimi." (Hadis riwayat Tirmidzi).

Mendidik keinginan ke arah kebaikan.

Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun
menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan
membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.

Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Puasa itu sebagai benteng (daripada
serangan keburukan)."

Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh.
Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa
diri meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan
rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun
penderitaan yang dialami sangat sulit.

Menyihatkan badan

Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif
berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya
dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli
perubatan.

Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur

Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah
kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak
terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana
menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.

Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi
kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.

Di sinilah, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya
nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai
bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur
memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau
paling tidak dari segi rasanya.

Allah berfirman bermaksud : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami
akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7).

Mengingati dan merasakan penderitaan orang lain

Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan
yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera
berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara
penderitaan orang lain entah bila berakhir. Dari sini puasa akan melahir dan
memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam
kemiskinan dan menderita.

Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa simpati itu, sebelum Ramadan
berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Ini supaya dengan
itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita.
Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah
menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Allah berfirman bermaksud : "Ambillah zakat daripada sebahagian harta
mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah
untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi
mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah at Taubah,
ayat 103).
**
*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

Kirim email ke