*:::: ...Kisah Setia Seorang Sahabat di  Malam Raya - SeDih..
::::<http://www.biovco.com/?ref=mdjj>
*

*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=mdjj>*

*sian...sila baca..*

Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik
kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku  sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung,  jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti  dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu  masa kecik main
sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.  Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang  terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai
sambil melayan  kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya.
Mesti ramai awek  kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah
dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya.
Tapi sejak belajar di luar  negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai
bergaya. Naim juga mesti  terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang
membawa Raiz dari pekan tadi  berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah,
Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz
lihat ada seseorang duduk mencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam
dikenalinya orang itu.

Raiz menghampiri.  Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit
anak kemuncut. "Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya!
Apa kau buat tepi  jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk
Naim  yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK !
Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu
Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar,
manusia pun  kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab
soalan Raiz, cuma  tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga
ke bawah.. Ada  perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh
dan kakinya sedikit  tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?
Lagi satu aku tengok kau  ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim
kelihatan murung.

"Aku  memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim
mengubah topik.

"Cadangnya gitulah!"

" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah  lama tak borak dengan kau.
Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak  jumpa kau!" pujuk Naim
lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz  mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik  la! boleh
terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh?  Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati  suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita  minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul  Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit,  aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat  kerja kampung. Tapi mulut orang jahat
betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja  mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz  mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau,  takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak  imam je!" Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang  lusuh. Raiz
tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang  .

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada  tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu  tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang  je boleh
dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak
tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah  ke?
Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum
ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"

Suara Naim sedikit  tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku
betul-betul tak tau hidup kau  susah sampai macam tu sekali!" Raiz
menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma  tersenyum. "Tu la kau, pergi
belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak  dengar berita. Tengok-tengok
balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah!  rumah aku takde apa
boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh  sejuk dan
sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup  Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan
pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun
bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni,
selalu-selalu la jenguk  aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak
ampun maaf dengan kau dari hujung  rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah
makan minum aku selama kita berkawan.  Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa.
Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam  nipis
sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

"Astaghfirullah! Budak ni kat  sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"

Satu suara kuat menyebabkan Raiz  tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz  lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah
dan ahli keluarganya yang lain.  Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau
tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa?  Dah takde rumah nak balik?" jerkah
ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah  ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut  kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu  nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu  nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh?  Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!

"Kenapa?? Kau tengok... dekat  kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis  pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003!  Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,  sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak  ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama  menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada  pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia,
dah tak  ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.
Terfikirkan  pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang
raya.Kalau betul  bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam?
Petunjuk apakah yang  Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara
Naim, lantas dia teringatkan  kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini!  ye. Esok dah nak
raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut  sampai hujung
kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni  datang lah
rumah aku ye!" Serta-merta  Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim
lalu menadah tangan.  Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada
arwah."Terima kasih kerana  mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di
sana !

*moralnya: jgn lupa  kawan dan rajin2lah bertanya kabar*
**
*~Jika Anda Terpaksa Menjatuhkan Orang Lain..,Pastikan Orang Itu Bukan Rakan
Yang Pernah Menolong Menaikkan Diri Anda.~*

*Baca lain-lain INFO - KLIK DISINI ...... <http://www.biovco.com/?ref=mdjj>*

Kirim email ke