Nafas berbau
Rawatan & Sihat Tanpa UBAT - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>

Kekurangan air liur punca utama.

SEPANJANG berbual dengan Kamal, Amir terpaksa menahan nafas. Sesekali
jarinya menggosok pangkal hidung untuk menghilangkan bauan yang terbit dari
mulut Kamal.

"Macam manalah dia berhadapan dengan pelanggan dengan keadaan mulut berbau
macam tu?," detik hati Amir sebaik saja usai berbual dengan Kamal.

Berhadapan dengan mereka yang mempunyai masalah mulut berbau atau halitosis
kronik memang cukup memeritkan.

Boleh dikatakan ia lebih kerap berlaku pada bulan Ramadan ini dan awal pagi.


Menurut Pakar Konsultasi Pergigian, Dr. Lydia Mason, masalah nafas berbau
bukan saja disebabkan oleh penyakit berkaitan gigi malah air liur juga turut
menjadi punca.

"Sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada berlakunya nafas berbau.

"Antara penyebab utamanya ialah penurunan kandungan air liur di dalam
mulut," jelasnya.

Menurut Lydia, ia lebih kerap berlaku pada bulan puasa kerana tiada aktiviti
seperti minum atau mengunyah untuk meningkatkan pengeluaran air liur

"Ini akan memudahkan pembiakan bakteria di dalam mulut dan hasilnya, mulut
akan berbau," katanya.

Lydia menambah, kandungan air liur yang dihasilkan merupakan pengukur
terhadap kesihatan oral individu.

"Secara asasnya, air liur mengandungi enzim dan antibodi - sebagai mekanisme
imunisasi terhadap kesihatan tubuh.

"Sebab itulah sekiranya ia kurang, pelbagai penyakit akan timbul," jelasnya.


Bagi mengetahui kandungan sihat air liur, ia ditentukan dengan pengukur
kelancaran air liur yang ditelan per minit dan keputusannya ditentukan
melalui pekat atau cair air liur tersebut.

"Sekiranya terlalu pekat, ia menunjukkan ada yang tidak kena dengan sistem
tubuh.

"Mungkin tubuh kekurangan air atau ada pembiakan bakteria di dalam mulut
yang menyebabkan mulut berbau," ujarnya.

Namun begitu, kelikatan air liur turut dipengaruhi oleh pengambilan
sesetengah jenis ubat dan penyakit yang dihadapi oleh seseorang

Jelasnya lagi, pengeluaran air liur juga bergantung kepada malam atau siang
sesuatu aktiviti dijalankan oleh seseorang.

"Pada waktu pagi, pengeluaran air liur boleh dikatakan hampir tiada ketika
waktu tidur.

"Ini menyebabkan aktiviti pembersihan menurun dan akhirnya menyebabkan mulut
berbau ketika bangun tidur," ujarnya.

Berkaitan dengan bulan puasa pula, Lydia menjelaskan nafas dan mulut berbau
terjadi kerana tiada pengambilan makanan.

Justeru tanpa aktiviti mengunyah untuk membantu mengeluarkan air liur,
bakteria akan membiak.

"Dalam pada itu, xerostomia atau mulut kering yang disebabkan kekurangan
pengambilan air serta cuaca panas akan menyebabkan mulut menggelupas, luka
dan akhirnya dijangkiti turut menyumbang kepada mulut serta nafas berbau,"
katanya.

Tambahnya lagi, hampir 90 juta penduduk dunia menderita kerana mengalami
masalah nafas berbau. Kebanyakan puncanya ialah lidah dan gusi.

Penjagaan oral yang sempurna bermula dengan makanan yang diambil serta
pembersihan mulut yang teratur.

"Pada bulan puasa, amat penting membersihkan mulut dengan baik ketika
selesai bersahur," jelasnya.

"Gigi berlubang serta gusi bermasalah seharusnya diberi perhatian bagi
mengelakkan masalah nafas berbau di samping pengambilan makanan yang tidak
sihat," katanya.

Rawatan & Sihat Tanpa UBAT - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>

<http://www.biovco.com/?id=yg>

Kirim email ke