*Bank kena sita gagal beri pinjaman <http://www.biovco.com/?id=yg>*
*Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?id=yg>* Gara-gara gagal memberikan jumlah pinjaman seperti yang dipersetujui, Bank CIMB Berhad Wilayah Pantai Timur di Jalan Sultan Ismail dekat sini disita semalam. Akibatnya, orang ramai yang mahu berurusan di bank itu kecoh kerana semua transaksi dan urusan dibekukan di bangunan tiga tingkat yang turut menempatkan pejabat cawangan Kuala Terengganu bank tersebut. Writ penyitaan berkenaan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, 1 September lalu dan pelaksanaan penyitaan dan jualan barangan itu akan dilaksanakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Ia berikutan kegagalan bank tersebut menjelaskan bayaran ganti rugi sebanyak RM15,620,145.20 kepada sebuah syarikat pembinaan, Zima Properties Sdn. Bhd., yang diarahkan mahkamah pada 6 Ogos 2008. Mengikut writ tersebut, bank diberi tempoh 14 hari bermula semalam untuk melunaskan hutang berkenaan. Jika gagal, segala aset termasuk bangunan, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), komputer, perabot akan dilelong. Proses penyitaan dibuat wakil peguam syarikat Wan Zainuddin Wan Musa dan bailif Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bermula pukul 9.30 pagi, semalam. Menurut Wan Zainuddin, bank tersebut cawangan Kota Bharu telah meluluskan permohonan pinjaman sebanyak RM11 juta yang dipohon syarikat pembinaan itu pada 22 Mac 2005 yang kemudiannya mengeluarkan surat tawaran pinjaman pada 26 Julai 2005. "Bagaimanapun, bank telah membuat penstrukturan semula atas sebab yang tidak dinyatakan secara jelas untuk memberikan pinjaman hanya sebanyak RM4,293,000 sahaja," katanya ketika ditemui di bank itu dekat sini, semalam. Menurutnya, syarikat tersebut tidak bersetuju dengan jumlah tersebut dan minta teruskan dengan RM11 juta tetapi tidak dipertimbangkan pihak bank menyebabkan mereka memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 29 Mei 2008. Katanya, Zima Properties Sdn. Bhd., memohon tuntutan kehilangan keuntungan, kos dibelanja, faedah yang telah dibayar kepada bank tersebut berjumlah RM15 juta. Selain itu, kata Wan Zainuddin pihak plaintif turut menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta di atas kejatuhan maruah, nama baik, reputasi, 'goodwill' dan potensi perniagaan mereka yang belum ditaksirkan mahkamah. *Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/?id=yg>* ** ** <http://www.biovco.com/?id=yg>
