*Pakistan bedil helikopter AS<http://www.biovco.com/minyak-kelapa-dara.html> *
*Lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/minyak-kelapa-dara.html> * PESHAWAR: Dua helikopter Chinook milik Amerika Syarikat dilaporkan menceroboh Pakistan kelmarin dan terpaksa berpatah balik ke negara jirannya, Afghanistan selepas diserang bertalu-talu oleh tentera Pakistan. "Dua pesawat Amerika menceroboh pakistan pada jarak 100 hingga 150 meter di Angor Adda. Bagaimanapun, tentera kami tidak membiarkan mereka, melepaskan tembakan dan memaksa ia berpatah balik," kata seorang pegawai keselamatan. Seorang lagi pegawai berkata, kenderaan perisai Amerika juga dilihat bergerak di sempadan bahagian Afghanistan manakala pesawat juang Amerika berlegar di udara. Tentera Pakistan dilaporkan membunyikan amaran untuk memberitahu penduduk mengenai ancaman pencerobohan dan penduduk menyertai mereka dalam menyerang helikopter itu. Akhbar The New York Times minggu lalu melaporkan Presiden George W Bush secara senyap memberi kebenaran kepada tenteranya menjalankan operasi darat di Pakistan tanpa kebenaran Islamabad terlebih dulu. Pada 3 September lalu, komander Amerika yang ditempatkan di Afghanistan menyeberangi ke Pakistan buat kali pertama dan menyerbu Angor Adda. Sekurang-kurangnya 20 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serbuan itu, yang mencetuskan kemarahan di Pakistan. Ketua tentera Pakistan, Jeneral Ashfaq Kayani, berkata Pakistan tidak akan membenarkan tentera asing beroperasi di negaranya dan akan mempertahankan kedaulatannya dengan apa cara sekalipun. Pakistan adalah sekutu kuat Amerika dalam kempen memerangi keganasan dan sokongan Islamabad adalah penting kepada kejayaan tentera Barat untuk cuba menstabilkan Afghanistan. Agensi Sementara itu, tentera Pakistan dan Amerika menafikan helikopter Amerika menyeberang ke ruang udara Pakistan dan tentera negara itu melepaskan tembakan ke arahnya. "Helikopter Amerika berada di sempadan tetapi tidak menceroboh ruang udara Pakistan. Kami mengesahkan terhadap kejadian tembakan ketika helikopter berada di situ tetapi tentera kami tidak terbabit," kata jurucakap tentera Pakistan, Murad Khan. Jurucakap tentera Amerika di Pangkalan Udara Bagram di utara Kabul, berkata tentera mereka tidak melaporkan kejadian seumpama itu. Agensi *Lain-lain INFO - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/minyak-kelapa-dara.html> * ** **
