*RUAM LAMPIN <http://www.biovco.com/testimoni.html>*
*Klik disini untuk maklumat lanjut <http://www.biovco.com/testimoni.html>*

Sila fowardkan jika anda fikir ia memberi manafaat kepada rakan & kenalan

Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia
mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan
basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan
inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

*Apakah itu Ruam Lampin?*

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan.
Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin.
Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.

*Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?*

·         Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif
menyentuh:

·         Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan
bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan
lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit
menjadi merah dan keradangan.

·          Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh
makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.

·         Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang
digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau
doktor).

*Gejala-gejala Ruam Lampin*

·         Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian
punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.

·         Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan
berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok
dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang
dijangkiti.

*Penjagaan sendiri*

·         Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari
bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.

·         Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya
dengan segera .

·         Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk
membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim
sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai
farmasi).

·         Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas,
minyak mineral atau losyen lemak 'wool', zink dan krim minyak kastor).

·         Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali
seminggu sudah mencukupi.

·         Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik..

·         Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi
yang sensitif.

·         Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru
yang mungkin merupakan penyebab ruam lampin.

·         Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan
teliti setiap kali dicuci.

*Jangan...*

·         Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang
kotor.

·          Kerap menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.
·         Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri
seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan
bukan penyebabnya.

*Klik disini untuk maklumat lanjut <http://www.biovco.com/testimoni.html> *

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

*KLIK DISINI UNTUK BACA TESTIMONI * <http://www.biovco.com/testimoni.html>

Kirim email ke