Kedutaan Amerika kena serang <http://www.biovco.com/18092008a.php> Lain-lain info - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/18092008a.php>
*Bangunan diplomatik AS di Yaman hadapi serangan roket, letupan kereta *SANAA: Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara Yaman diserang dengan letupan kereta dan tembakan roket semalam, yang membunuh 16 orang dan menggegarkan pekarangan kedutaan yang dikawal ketat itu. Kereta itu diletupkan di depan pintu masuk kedutaan dan sekumpulan enam penyerang bersenjata kemudian menembak pengawal keselamatan serta melancarkan roket, kata saksi. Pergerakan Jihad Islam Yaman mendakwa bertanggungjawab dan mengancam menyerang kepentingan Britain, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Tiada kakitangan kedutaan itu. Antara terbunuh termasuk enam penyerang dan empat orang awam manakala lainnya adalah anggota keselamatan Yaman serta seorang rakyat India yang secara kebetulan lalu di tempat kejadian. Seorang lagi saksi menyatakan nampak sekurang-kurangnya dua ambulans di tempat kejadian. April lalu, Jabatan Negara Amerika mengarahkan kakitangan bukan diplomatik supaya meninggalkan kedutaan itu berikutan serangan yang didakwa dilakukan oleh al-Qaeda sebulan sebelumnya dan tembakan roket ke atas pekarangan perumahan Sanaa yang diduduki kakitangan Amerika yang bekerja dengan syarikat minyak. Seorang budak sekolah perempuan dan anggota polis terbunuh dan 19 cedera dalam serangan pada Mac lalu. "Kakitangan kedutaan tidak dibenarkan keluar Sanaa dan dinasihatkan supaya mengelakkan berada di hotel, restoran dan kawasan pelancongan dan mengehadkan kehadiran mereka di tempat awam sehingga diberitahu kelak," kata kenyataan kedutaan April lalu. Pihak kedutaan juga meminta rakyat Amerika di Yaman berjaga-jaga dan mengambil langkah keselamatan lebih rapi, termasuk mengelakkan diri daripada berada di khalayak ramai, tidak menonjolkan diri dan mengaturkan waktu dan destinasi perjalanan berbeza. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihak militan melancarkan beberapa siri serangan di Yaman, tempat asal pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden. Lain-lain info - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/18092008a.php>
