*Bursa Saham Malaysia Merudum Bawah 1000 mata*
<http://www.biovco.com/18092008b.php>

Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/18092008b.php>

Indeks Komposit Bursa Malaysia hari ini menjunam ke bawah paras garis
psikologi 1000 mata dimana pada pukul 10.36 pagi ini, indeks komposit ialah
pada kedudukan 973. 35 mata, penurunan sebanyak hampir 30 mata daripada mata
penutup petang semalam. Kaunter-kaunter rugi mengatasi kaunter untung, 458
rugi berbnding cuma 47 untung sementara 100 tidak berubah.

Di kebanyakan negara Asia, indeks-indeks merudum teruk, Kospi di Korea turun
34.53 mata atau 2.42% kepada 1,390.73, Nikkei Jepun 225 jatuh 2.81% kepada
11,420.02 dan indeks Straits Times Singapura turun 3.21% kepada 2,341.6.

Keseluruhan sentimen pasaran adalah lemah apabila pelabur masih bimbang
dengan keadaan politik tempatan yang tidak menentu dan krisis kewangan AS
berikutan keruntuhan bank pelaburan gergasi Lehman Brothers dan penurunan
gred penarafan ke atas kumpulan insurans utama AS, American International
Group.

Tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) bertindak menyelamatkan, American
International Group Inc (AIG), iaitu tindakan menyelamat kali kedua dalam
bulan ini bagi mengelakkan kegagalan syarikat insurans itu telah memberikan
kesan kepada pasaran kewangan serta mengancam ekonomi negara itu yang sudah
sedia rapuh.

Pelabur asing juga terus melepaskan pegangan mereka dalam saham perladangan
dan kewangan dengan kaunter utama dalam sektor ini mengalami kejatuhan
menjunam.

Ini diperburukkan dengan keadaan ketidakstabilan politik negara di bawah
pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dimana Parti Maju Sabah (SAPP) telah
bertindak keluar daripada Barisan Nasional yang menyebabkan majoriti
kerajaan BN di Parlimen telah menurun menjadi 54 apabila dua orang ahli
parlimen SAPP akan ditempatkan di kerusi pembangkang.

Tuduhan PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi terhadap Datuk Seri Anwar
kononnya Datuk Seri Anwar merupakan satu ancaman kepada ekonomi dan
keslmatan negara telah ditolak mentah oleh rakyat kerana ia jlas merupakan
satu eskapisme Datuk Seri Abdullah terhdap kelemahan pemerintahannya dan
kini cuba mempersalahkan orang lain.

Pertukaran portfolio diantara Abdullah dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib
tidak mampu untuk meyakinkan rakyat khusunya para pelabur keana pertamanya,
kemusnahan telah pun berlaku (damage has been done) dan kelayakan Najib
untuk mentadbir dan mengurus ekonomi negara juga diragui kerana beliau
dikenali sebagai pemimpin yang suka melakukan pembaziran. Cadangan ,beliau
untuk menganugerahkan RM1juta kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik baru
lalu adalah satu bukti beliau tidak tahu menguruskan dana negara dengan baik
tatkala ekonomi sedang berada di ambang kejatuhan.

Ramai pemerhati politik berpendapat bahaa pertukaran kerajaan nampaknya
tidak berupaya untuk dielakkan apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai
ahli parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat kerana tidak-yakinan mereka
terhadap kepimpinan Abdullah-Najib.

Lain-lain INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/18092008b.php>

Kirim email ke