7 tentera Amerika terbunuh <http://www.biovco.com/19092008a.php>
*Lain-lain Info - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/19092008a.php>*

*Helikopter terhempas di Basra

*BAGHDAD: Tujuh anggota tentera Amerika Syarikat maut semalam dalam
kemalangan helikopter paling dahsyat di Iraq dalam masa setahun.

Helikopter CH-47 Chinook itu terhempas kira-kira 100 kilometer ke barat
bandar raya pelabuhan utama, di selatan Basra, ketika melakukan penerbangan
konvoi udara dari Kuwait, kata tentera Amerika dalam satu kenyataan.

Ia menyatakan lima anggota terbunuh tetapi jurucakap tentera Britain, Mejar
Paul Smyth, memberitahu AFP semua tujuh orang dalam pesawat malang itu maut.


Tiada pengesahan daripada pihak Amerika mengenai angka itu.

"Pasukan Britain segera dikejarkan dari Basra dan konvoi darat Britain turut
diarahkan ke tempat kejadian," kata Smyth.

Katanya, anggota tentera Britain dan Amerika berada di tempat kejadian.

"Tiada laporan buat masa ini mengenai perbuatan musuh. Punca sebenar
kemalangan masih disiasat," katanya.

Ia adalah kemalangan helikopter paling buruk sejak Ogos 2007 apabila
helikopter pengangkut Amerika, Blackhawk, terhempas di utara Iraq, yang
mengorbankan 14 anggota tentera.

Dua tentera Amerika cedera apabila helikopter mereka terhempas di selatan
Baghdad Jun tahun ini. Kemalangan paling buruk membabitkan helikopter
Amerika berlaku pada 15 November 2003 apabila dua Blackhawk bertembung
berhampiran Mosul yang membunuh 17 anggota tentera.

Pada Januari dan Februari tahun lalu berlaku beberapa kemalangan, termasuk
ditembak jatuh oleh militan. Sejak itu, tentera Amerika memburu penyerang
berkenaan.

Kematian terbaru menjadikan angka korban tentera Amerika di Iraq kepada
4,168 sejak pencerobohan pada 2003. – AFP
*Lain-lain Info - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/19092008a.php>*
** <http://www.biovco.com/19092008a.php>
**

Kirim email ke